• Politik Terkini

    Tuesday, May 3, 2016

    PGM2016 - 30k Pekerja Bakal Diberhentikan


    Gaji naik semua orang suka. Mula dah berkira nak beli iphone, nak beli htc new model, tak pun paling senang beli online xiomi yang murah dan high quality. Aku rasa setiap kali kerajaan announce kenaikan gaji, akan ada jer propaganda macam ni. Hakikatnya rakyat kesempitan wang berikutan kenaikan harga barang tidak selari dengan pendapatan.

    Yang menjadi persoalan sekarang adakah setiap company ataupun kedai runcit mampu untuk membayar gaji pekerja 1000 satu kepala. Dengan tahap kemalasan pekerja lagi, dengan rungutan itu ini lagi. Ditambah pulak dengan sewa kedai mahal, GST barang itu ini. Nak taknak tokey kedai terpaksa naikkan gaji. So, kat mana akan jadi balance dengan PGM2016 yang akan dilaksanakan. Yang jadi mangsa pekerja tu balik. Tahun depan kerajaan buat lagi satu garis kenaikan gaji tetapi pembangunan setiap negeri tidak sama.
    Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, jika dasar ini terus dilaksanakan, dianggarkan 30,000 pekerja terutama di peringkat bawahan berdepan tindakan pemberhentian kerja oleh majikan sebelum Julai ini.
    “Majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi jika PGM 2016 berkuatkuasa ekoran cabaran ekonomi semasa.
    Bagi mengurangkan kos operasi, kemungkinan besar mereka akan melakukan “retrenchment” sebelum Julai kerana jika mereka melakukan selepas Julai, sudah tentu mereka terpaksa menanggung kos lebih tinggi dari segi pembayaran faedah berhenti kerja dan sebagainya,” kata beliau kepada Bernama di sini hari ini. 
    Beliau turut menganggarkan 60,000 pekerja akan diberhentikan kerja sepanjang tahun ini ekoran keputusan kerajaan menguatkuasakan PGM 2016 mulai 1 Julai dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di Semenanjung manakala RM920 untuk pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan. (FMT)

    2 comments:

    1. Lama betul admin menyepi. Keluar jer template blog baru

      ReplyDelete
    2. template baru blog nampak lebih kemas. nak baca pun senang.

      ReplyDelete