• Politik Terkini

    Tuesday, August 9, 2016

    Habuan Seks Melibatkan Ahli Politik Terengganu ?

    Dakwaan wujudnya video dan gambar seks melibatkan seorang ahli politik kanan Terengganu muncul, lapor The Star Online.

    Ia bagaimanapun dikatakan isu lama yang bermula pada 2009 tetapi diedarkan semula di media sosial dan blog.

    Ahli politik itu didakwa memberikan sebuah projek pembalakan kepada seorang wanita dan sebagai balasan mendapat habuan seks.

    Memetik sumber yang rapat dengan ahli politik itu dan “mangsa”, The Star Online melaporkan isu itu ditimbulkan untuk memburuk-burukkan pihak terbabit.

    “Saya kenal baik kedua-dua mereka dan apa yang boleh saya kata ia kisah lama yang digunakan untuk mengugut ahli politik itu mendapatkan tender dan wang.

    “Perempuan ini ada masalah dia selalu cuba menyasarkan mangsa yang kaya, termasuk ahli politik, untuk memeras wang,” beliau dipetik sebagai berkata.

    Usaha harian itu mendapatkan reaksi ahli politik itu melalui panggilan telefon dan Whatsapp tidak berbalas.

    (MK)

    No comments:

    Post a Comment