• Politik Terkini

    Monday, October 24, 2016

    Fathia Latiff Mohon Maaf "Pakai Uniform Tentera"


    Gara-gara berpakaian seragam tentera, Fathia Latiff dalam muatnaik gambar di Instagram memohon maaf setelah ditegur beberapa individu selain ada yang menyifatkan pelakon ini mempersendakan uniform tentera tersebut.
    “Saya dengan ikhlas hati meminta maaf. Tiada niat untuk saya persendakan pakaian dan saya menghormati Pakaian Seragam TD (tentera darat). Cuma sebelum ini, saya tidak tahu dan tidak ‘sensitif’ mengenai etika pemakaian TD Malaysia dan telah pun delete gambar di instagram. Truly apologize,” jelasnya di Instagram.
    Permohonan maaf Fathia dalam masa yang sama turut mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikut di laman sosial tersebut. Ada yang mempertahankan Fathia bahawa dia hanya menggayakan uniform tersebut. Ada juga yang turut mengaitkan perihal zaman nabi nabi dulu tidak ada kewujudan uniform untuk terlalu dihormati. Asal boleh, semua mahu dikaitkan dengan agama.

    Bagaimanapun, apa yang terjadi ini bukanlah perkara pertama berlaku di kalangan selebriti tanah air kerana sebelum ini Sharnaaz Ahmad juga pernah memohon maaf berikutan isu yang sama apabila dia mengenakan uniform tentera ketika menghadiri majlis anugerah.

    RTKY

    No comments:

    Post a Comment