• Politik Terkini

    Sunday, October 9, 2016

    Khalid Ibrahim Baru Bangun Tido, Tolak #Bersih5


    Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata BERSIH tidak sepatutnya membuat perhimpunan pada November ini sebaliknya mereka harus turun ke kampung-kampung membantu rakyat miskin.

    Katanya, lebih ramai rakyat daif dan ketinggalan dari segi pendidikan yang harus diberi perhatian oleh ahli politik yang akan menyertai BERSIH 5 kerana pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung selewat-lewatnya dua tahun lagi.
    “Saya rasa sekarang tak perlu kita adakan perarakan jalanan. Masalah rakyat sekarang ini ialah masalah kemiskinan, jurang antara kaya dan miskin. Kalau BERSIH datang gunakan tenaga mereka untuk mencari kampung-kampung yang miskin dan gunakan kumpulan pakar supaya cari jalan untuk mereka dibangunkan supaya kemiskinan itu dapat dihindari, ia lebih baik.
    “Lagipun tidak lama lagi, tidak lebih dari dua setengah tahun kita akan menghadapi PRU14. Jadi tak perlulah sibuk perkara tersebut (perhimpunan BERSIH) tapi kena tunjuk parti-parti yang berminat untuk memperjuangkan rakyat,” katanya.
    Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas majlis bual bicara Media Penyelesaian Transformasi Media Internet di Garden Residence Cyberjaya.

    MK

    No comments:

    Post a Comment