• Politik Terkini

    Wednesday, October 5, 2016

    PAS Sedia Bekerjasama Dengan Parti Martabatkan Pemerintah Islam


    Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia menjalinkan kerjasama politik dengan mana-mana parti di negara ini demi kepentingan Islam memerintah.

    Katanya, kerjasama yang dijalinkan PAS dengan parti-parti lain bertujuan bagi kepentingan memperkasakan Islam memerintah.
    “Semua kerjasama PAS dengan parti-parti lain tujuannya hendak memperkasakan Islam. Islam memerintah. Malangnya, parti-parti lain yang ada kerjasama dengan PAS ini hanya hendak gunakan PAS sahaja,” 
    Hadi juga dipetik oleh pas.org.my sebagai berkata sejarah PAS pernah mengadakan kerjasama dengan Semangat 46, PKR, DAP termasuk dengan Umno.
    “PAS ajak kerjasama dengan Semangat 46, PKR, DAP dan pernah dengan Umno menjalinkan kerjasama. Kerjasama itu tujuannya, Islam memerintah. Tapi, malangnya orang (parti) ajak kerjasama dengan kita (hingga) hendak naik atas kepala kita dan Islam tidak memerintah. Kita kena sedar, orang PAS kena sedar…kita (hanya) jadi anak tangga sahaja. Bukan menjadi tangga untuk memerintah dan menegakkan Islam,” katanya.
    Laman rasmi PAS itu juga memetik presidennya berkata cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 turut menguji kerjasama antara PAS dengan rakan-rakan tahaluf.

    Beliau yang juga ahli parlimen Marang menjelaskan bahawa RUU Akta 355 itu dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan tertakluk kepada umat Islam sahaja.

    Menurutnya, hak bukan Islam juga dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan RUU itu tidak melibatkan mereka.

    Tiba-tiba orang bukan Islam tidak setuju juga dan yang jelasnya orang DAP yang tidak setuju kita (PAS) bawa usul untuk menaik tarafkan mahkamah syariah. Maka jelas DAP lawan Islam dan ada parti lain yang ikut DAP. Ada parti masih senyap, tidak ada pendirian dan ini adalah ‘lampu isyarat’ yang akan menentukan sikap orang Islam.
    “Sama ada orang Islam ‘lampu merah’ langgar juga dan ‘lampu hijau’ baru berjalan. Kita akan tengok pendirian parti-parti ini kelak. Orang PAS kena tengok molek parti-parti ini dan sejauh mana mereka boleh bekerjasama dengan kita dalam menegakkan Islam,” katanya.

    MK

    No comments:

    Post a Comment