• Politik Terkini

    Tuesday, October 11, 2016

    Saman Mahkamah - Nasrudin Gagal Bayar Guan Eng 10K


    Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan didakwa tidak membayar wang penyelesaian RM10,000 yang dipersetujui dalam kes fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
    Pegawai undang-undang khas Lim, Raja Syarafina Raja Shuib berkata sudah lebih 3 minggu sejak perintah dikeluarkan mahkamah untuk Nasrudin, tetapi tiada bayaran diterima.

    Syarafina berkata mengikut perintah mahkamah pada 14 September yang kemudiannya diserahkan kepada Nasrudin pada 19 September, sepatutnya menyelesaikan kos.
    “Ini adalah satu perintah daripada mahkamah yang mulia untuk Nasrudin membuat bayaran tersebut, sebagai bukti tuduhan tidak berasas mengenai Lim dan menarik balik artikelnya. Kegagalan atau kejahilan di pihak defendan membayar jumlah wang yang diperintahkan mahkamah itu disifatkan sebagai mengingkari dan menghina perintah mahkamah,”
    Syarafina berkata peguam Lim diarahkan mengambil tindakan undang-undang yang difikirkan wajar dalam perkara ini.

    Lim mengheret Nasrudin, yang juga Ahli Parlimen Temerloh, ke mahkamah kerana membuat kenyataan fitnah berkenaan terowong dasar laut yang dicadangkan melalui posting Facebook bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang’ bertarikh 6 Ogos 2014. Nasrudin berkata pemberian projek itu dibuat secara rundingan terus dan tender tidak terbuka seperti diumumkan.

    Nasrudin mempersoalkan mengapa bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikutuk berkaitan Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), tetapi Guan Eng terlepas daripada kritikan dalam pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang, yang Nasrudin dakwa diperoleh melalui rundingan terus.

    Menurut Nasrudin, projek terowong, bernilai RM4.63 bilion, dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri DAP Pulau Pinang dan diberikan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd melalui rundingan terus.

    Pada hakikatnya, terowong dan 3 projek jalan raya diberi melalui tender terbuka. Pada 19 Januari, Lim menarik saman fitnah terhadap Nasrudin selepas beliau memohon maaf di Mahkamah Tinggi di sini.

    Penyelesaian dicapai antara kedua-dua pihak melalui persetujuan kehakiman di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Lim Chong Fong.
    “Menghadiri perbicaraan hari Ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke mahkamah, saya kesal artikel saya yang mencetuskan solat faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak-pihak bersedia untuk tidak memanjangkan dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas ketua menteri,” kata Nasrudin.
    JC Chong Fong kemudian mengarahkan kes itu ditolak dan mengarahkan Nasrudin membayar RM10,000 sebagai kos.

    Sementara itu, ketika dihubungi, Nasrudin tidak menjawab sebarang komen.

    FMT

    No comments:

    Post a Comment