• Politik Terkini

    Sunday, December 11, 2016

    Malaysia Wajib Ikut Langkah UK : BAN Iklan Makanan Ringan!


    Britain akan mengharamkan iklan makanan ringan untuk kanak-kanak di media cetak dan media sosial mulai tahun hadapan, kata pemerhati peraturan pengiklanan kelmarin. Ini dibuat sebagai satu langkah untuk mengelakkan obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

    Undang-undang baharu yang bakal dikuatkuasakan pada Julai tahun hadapan itu adalah lanjutan daripada pengharaman sedia ada untuk iklan televisyen bagi produk makanan dan minuman tinggi lemak, garam atau gula (HFSS).
    “Sekatan baharu itu akan membawa kepada pengurangan besar dalam jumlah iklan untuk makanan dan minuman HFSS yang ditonton oleh kanak-kanak,” kata Jawatankuasa Amalan Pengiklanan (CAP) dalam satu kenyataan.
    Menurut badan tersebut, pengharaman itu mencerminkan perubahan kaedah pengiklanan dan tabiat media dalam kalangan kanak-kanak.

    Ia memetik penyelidikan yang mendedahkan bahawa kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun di Britain kini menghabiskan lebih banyak masa di internet berbanding menonton televisyen.

    Penyelaras Kempen Makanan Kanak-kanak, Malcolm Clark berkata:
     “CAP akhirnya mendengar suara golongan ibu bapa dan profesional kesihatan selepas bertahun-tahun menentang langkah tersebut.”
    Bagaimanapun, Clark dan beberapa kempen lain menegaskan larangan itu hanya tertakluk untuk media yang mana kanak-kanak merupakan lebih 25 peratus penonton yang membuka ruang luas untuk pemasaran makanan ringan.

    Angka rasmi terkini untuk England dari 2014 menunjukkan 31.2 peratus kanak-kanak berusia antara dua hingga 15 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes

    No comments:

    Post a Comment