• Politik Terkini

    Tuesday, January 10, 2017

    Sebab Kenapa TMJ Menyatakan "Anugerah Puskas Faiz Subri" Tidak Perlu Dipuji Melambung


    Keterujaan rakyat Malaysia dan liputan media terhadap kemenangan Mohd Faiz Subri pada Anugerah Puskas dipertikaikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kerana ia tidak menggambarkan situasi sebenar bola sepak tanah air.

    Beliau meluahkan pandangannya itu melalui laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers (JDT), hari ini.
    “Tahniah kepada Faiz Subri. Tetapi saya tidak mahu mengangkat beliau setinggi langit seperti media cetak dan media sosial Malaysia. Saya rela dibenci kerana memberitahu kebenaran daripada disayangi untuk berkata sesuatu yang tidak berfakta,”
    Beliau mengakui ia adalah pencapaian individu yang bagus tetapi mempersoalkan kedudukan bola sepak tanah air dari segi segi korupsi, ranking dunia dan sistem pengurusan pasukan dalam negara berbanding pasukan Thailand, Vietnam, Filipina atau Indonesia yang sedang meningkat maju.
    “Anda semua terlalu membanggakan seseorang individu tetapi mengetepikan perkara yang mustahak iaitu integriti dan reputasi bola sepak tanahair yang mana semua orang tahu dimana tahapnya sekarang ini,” 
    Faiz merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016, justeru meletakkan namanya sebaris dengan pemenang terdahulu seperti bintang tersohor, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

    Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun itu menerima anugerah tersebut hasil keunikan sepakan percuma tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia).

    TMJ bagaimanapun, mengakui menjadi individu pertama yang memberikan sumbangan ikhlas ke atas pencapaian Faiz sebagai Penaung Diraja PFAM bulan lalu di Melaka.

    Sementara itu, TMJ turut membidas kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengatakan kejayaan Faiz boleh dianggap menjadi tanda aras baru negara dalam sukan itu.

    Sebaliknya, beliau menegaskan pasukan JDT sepatutnya menjadi penanda aras sukan tanah air berdasarkan pencapaian melalui AFC dan pengiktirafan dunia luar terhadap projek dilakukan serta pengurusannya yang profesional.
    “JDT sepatutnya menjadi contoh kelab yang perlu diikuti semua pasukan dalam negara. Bukannya meletakkan seorang yang menjaringkan satu gol sebagai tanda aras.”
    Menurutnya, bola sepak negara masih jauh ketinggalan dengan kedudukan peringkat dunia masih berada di bawah. Malangnya, tiada pihak mengambil inisiatif membangkitkan pengurusan bola sepak tanah air.
    “Malaysia adalah sebuah negara yang degil. Rakyat mahu mengadu kerajaan adalah korup tetapi mereka begitu mudah dimanipulasi kerana kekurangan pendidikan dan memilih untuk kekal dalam penafian dan tidak mahu menerima kebenaran,”

    FMT

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger NonPolitik