• Politik Terkini

    Sunday, April 23, 2017

    Punca Sebenar Watson Nyambek Berang Dengan Rancangan Komedi


    Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek kecewa dengan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang menghina mendiang bapanya dalam satu rancangan komedi yang disiarkan malam tadi.

    Watson yang juga bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter, berang apabila stesen televisyen itu menyamakan bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan binatang.
    "Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang,"
    Watson berkata, sepanjang karier sebagai ahli sukan sehingga sekarang tidak pernah mana-mana media membuat penghinaan terlalu peribadi terhadapnya khususnya melibatkan mendiang bapanya.
    "Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya,"katanya sambil menambah stesen televisyen sepatutnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu terutama sekali yang telah meninggal dunia.
    Watson berkata, tindakan tersebut amat jelas tidak menghormati sensitiviti keluarga serta saudara-mara mendiang bapanya.

    Beliau turut menggunakan laman Facebooknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada stesen televisyen itu.
    "​​​​Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat, nasib kita macam tu, tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan." tulisnya dalam Facebooknya.
    Luahan Watson mendapat reaksi serta perkongsian ratusan netizen yang mahu Watson menyaman stesen televisyen berkenaan serta mengutuk tindakan rancangan tersebut yang menghina individu yang telah meninggal dunia.

    Watson yang memegang rekod kebangsaan 100m iaitu 10.30 saat selama 18 tahun sebelum dipecahkan Khairul Hafiz Jantan yang melakukan 10.18s pada Sukma Sarawak tahun lepas, diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik pinjaman bank yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga.
    Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada status muflis selepas kerajaan Sarawak membayar balik tunggakkan pinjaman sebanyak RM80,000 itu.

    MK

    3 comments:

    1. Adakah anda memerlukan tunai untuk membayar hutang atau memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan wang untuk pendidikan anak-anak atau rawatan anda? Hubungi kami untuk tunai segera semalam. Email: (golden.tcs001@gmail.com atau nombor Whatsapp +918015861823)

      ReplyDelete

    2. Good day: you need an urgent loan to solve your financial needs, we offer a range from $ 5,000.00 to $ 10,000,000.00 loan Max, we are reliable, efficient, fast and dynamic, with a 100% guaranteed and we also gives credit to (. euros, pounds and dollars) the interest rate applicable to all payday loans (3%), if you are interested get back to us through ( honetloan@gmail.com ) with the information below: full name: Country: Amount of the loan Address: Duration: Age: Gender: Occupation: phone number: Thanks. I await your urgent response

      Whats App +919650892379

      ReplyDelete

    3. Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
      in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
      categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
      loan at 3% interest rate, Contact us via email:
      trustedbusiness01@gmail.com

      (1) Full Name
      (2) Full Address
      (3) Country
      (4) Age
      (5) Occupation
      (6) Tell phone number
      (7) Sex:
      (8) Loan Amount needed:
      (9) Loan Duration

      Email us at: trustedbusiness01@gmail.com

      ReplyDelete