• Politik Terkini

    Friday, May 19, 2017

    Mencari Rezeki Dibawah Risiko Voltan Tinggi

    RAKYAT MARHAEN MENCARI REZKI DI BAWAH TALIAN VOLTAN TINGGI
    .
    Petang ini saya berpeluang melawat pasar malam Bandar Baru Kubang Kerian.
    .
    Betul-betul terletak di bawah kabel voltan tinggi - terpampang papan tanda amaran berbunyi : 'BAHAYA! Talian voltan tinggi 33kV'
    .
    Tentunya terdedah kepada risiko dan bahaya, baik peniaga mahu pun pengunjung.
    .
    Anehnya, bersebelahan gerai-gerai, terdapat ruang kosong yang lebih selamat yg digunakan sebagai tapak letak kereta.
    .
    Difahamkan, pernah ada peniaga mencadangkan tapak letak kereta itu dijadikan tapak gerai dan tapak gerai sekarang dijadikan tempat letak kereta. Supaya lebih selamat.
    .
    Khabarnya, peniaga berkenaan digugurkan dari senarai.
    .
    Tapaknya beralaskan batu kerikil tanpa tar, menyebabkan keadaan berdebu pada hari panas.
    .
    Antara destinasi kami ialah tapak untuk bersolat. Baru-baru ini, Exco Kerajaan Negeri 'bising' dgn dasar 'berhenti utk solat maghrib' yg digambarkan hebat dan begitu Islamiknya Kerajaan Kelantan.
    .
    Indah khabar dari rupa.
    .
    Tiada surau atau tempat bersolat disediakan oleh MPKB BRI atau tempat berwudhuk di sini.
    .
    Di mana mereka bersolat?
    .
    Peniaga hanya menumpang solat di kaki lima Pasti yang ada berhampiran. Hanya dua paip wujud di luar pagar Pasti untuk Muslimin.
    .
    Satu paip untuk Muslimat, tanpa sebarang dinding atau pelindung. Mungkin Adun Demit alias Exco Kerajaan yang kebetulan 'Muslimat' mungkin terperanjat jika beliau singgah untuk berwudhuk di sini.
    .
    Tadi apakan daya, beliau belum berkesempatan.
    .
    Kaki lima yg dijadikan 'surau' hanya memuat tiga baris, jika berimam. Empat atau lima orang satu baris. Tanpa sebarang sejadah atau alas, tanpa kipas walaupun hangat. Wanita bersolat sebelahan tanpa penghadang, kecuali sebuah meja di depan.
    .
    Tiada azan ketika tiba waktu. Tiada war war untuk berhenti solat.
    .
    Jam 7.40 malam, ketika kami bergerak meninggalkan pasar ini selepas solat bersama di sini, sebahagian peniaga masih meneruskan aktiviti.
    .
    Sampai ketemu lagi di Pasar Malam yang lain!
    .
    YB Dato Husam Musa
    Jumaat
    22 Syaaban 1438/19 Mei 2017

    1 comment: