• Politik Terkini

    Wednesday, May 3, 2017

    Ribut Muktamar PAS, Ujian Atau Bala?


    Apabila berlaku musibah, biasanya, paling kurang ada 2 perkara yg terfikir di minda kita iaitu ujian atau bala’ (azab) dari Allah ‘Azza Wa Jalla.
    .
    Jika kita melihat dari sudut ujian keimanan dari Allah, ia akan menginsafkan kita betapa kita hamba Allah yg lemah. Jika kita bersabar, Allah akan memberi ganjaran pahala yg besar pada hari Akhirat nanti.
    .
    Sbg insan yg lemah & selalu alpa, kita seringkali melakukan dosa & kesalahan. Tidak ada manusia yg tak buat silap. Kita bukan ma’sum seperti para Nabi ‘AS. Hatta, Nabi SAW juga pernah ditegur dlm surah Abasa.
    .
    Jika kita melihat sesuatu musibah yg menimpa sbg teguran dari Allah, tentu sekali kita akan melakukan muhāsabah & murāqabah. Mencari di mana silap kita. Memohon keampunan & bertaubat kpd Allah ‘Azza Wa Jalla. 
    .
    Pas tidak wajar hanya melihat kejadian ribut hanya dlm kerangka ujian Allah semata. Ia seolah-olah satu “denial syndrome” terhadap apa yg berlaku sebelum ini.
    .
    Kita ‘highlight’kan isu ini sbg tazkirah bersama. Mungkin sifat ego yg ada dlm diri, Pas tak mahu mengakui salah mereka. Niat & matlamat parti yg baik saja tak memadai, jika gagal menjaga akhlak & disiplin dakwah.
    .
    Di antara kesalahan pimpinan & ahli Pas ialah seperti berikut:
    .
    1) Mereka kerap menggunakan doa’ laknat & meminta ditimpa bala’ kpd kumpulan/ individu yg brbeza pendapat secara borong. Ini jelas dlm byk ceramah2 mereka & dimedia2 sosial.
    .
    2) Pada pembukaan muktamar Pas baru2 ini, mereka melaungkan “Jahanam PAN!” tanpa rasa bersalah. Sedangkan Islam melarang mendoa’kan keburukan trutama kpd orang Islam.
    .
    3) Pemimpin2 & ahli2 mereka selalu menggelarkan parti Amanah dgn “PAN” dgn tujuan & niat tidak baik. Kita faham, kalimah itu utk menyakitkan hati & mendoa’kan keburukan. Kita tahu. PAN yg mereka maksudkan ialah “kebinasaan”. (kullu man ‘alaiha faan).
    .
    Enough is enough! Berhentilah dari sikap menghina & melaknat sesama muslim. Islam tidak mengiktiraf budaya ini. Ini bukan budaya Islam. Jadilah parti yg matang & sejahtera seperti yg Pas laung2kan itu.
    .
    Berpolitiklah secara gentleman. Hujah lawan hujah. Fakta lawan fakta. Budaya politik kita tak menjatuhkan parti/ individu lain kita dgn laknat, cacian & makian. Itu budaya jahiliyyah..

    Sekian.
    Hidupkan budaya politik hujah & beradab

    #copypaste

    1 comment:

    1. Hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

      ReplyDelete