"Polis Stress" Ditahan Duk Pekena Air Ketum !


Sembilan anggota polis ditahan pasukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard dari Bukit Aman dalam satu operasi membanteras penjualan air ketum di Kepong, Jumaat lalu.

Sin Chew Daily melaporkan 9 anggota polis berusia 26 hingga 36 tahun itu antara 14 pelanggan dan seorang pengedar air ketum yang ditahan.

Ketika disoal siasat, beberapa anggota itu mendakwa mereka minum air ketum bagi mengurangkan tekanan kerja.

Akhbar itu difahamkan 4 daripada suspek itu bertugas di Balai Polis Desa Jaya di Gombak, manakala baki 5 lagi berkhidmat di unit kereta peronda, unit rondaan bermotosikal (URB), Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

Berdasarkan maklumat yang diterima, polis Bukit Aman melakukan serbuan ke atas sebuah rumah setinggan di Taman Usaha Jaya, Kepong kira-kira 5.45 petang Jumaat lalu.
Selain seorang pengedar berusia 22 tahun dari Kupang di Kedah dan 9 anggota polis itu, turut ditahan ialah 4 lelaki berusia 24 hingga 29 tahun.
Polis turut merampas 26 botol air ketum berjumlah 39 liter dalam peti sejuk.

Difahamkan, air ketum mempunyai kesan ganja atau heroin dan boleh menyebabkan ketagihan serta merosakkan sel otak.

Sumber ; FMT

Post a Comment

0 Comments