Lulus Sudahhhh... Taawunnnn Siyasiii UMNO PAS

Para perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-58 bersetuju sebulat suara menyokong usul taawun siyasi dengan Umno yang sudah bermula selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Usul tersebut dibawa oleh Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Daud kerana taawun siyasi dilihat menepati syariah Islam sekali gus mengukuhkan melebarkan ruang dakwah.

Menurutnya, Dewan Ulamak PAS Pusat turut menyedari terdapat keperluan mendesak untuk melebarkan pendekatan kerjasama itu dalam situasi politik semasa sebagai asas penyatuan ummah dalam masyarakat dan negara.

“Kita sangat memahami keperluan untuk menyeragamkan dalam fikrah dan amalan dalam kalangan ahli pada segenap lapisan peringkat, maka usul ini dibawa kepada muktamar.

“Taawun siyasi menjadi rujukan penting dalam strategi dan pendekatan semasa PAS terutamanya dalam usaha untuk meluaskan dakwah dan menyatupadukan ummah,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan menambah, usaha itu bagi mewujudkan garis panduan secara jelas mengenai taawun siyasi untuk dilaksanakan dalam PAS.

Harakahdaily

Post a Comment

5 Comments

  1. Bagus...lengkap sudah penunggang agama bergabung dengan penunggang kaum...semoga kekal bergabung sebab banyak kali dah khianat rakan seperjuangan...guna agama khianat orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesama Islam sepatutnya tak perlu ta'awun....yg penting dakwah dan ukhuwah.....lainlah dengan bukan islam....tetapi tulah.....mereka syok sendiri...

      Delete
  2. Penunggang2 agama ni tak nak minta maaf dan ampun ke sebab fitnah2 dan pendustaan yang mereka lemparkan kepada orang2 Amanah yang dah dari dulu cakap persetubuhan antara PAS dan UMNO ni dah lama dah dibuat oleh pemimpin2 kedua2 parti. Sekarang benda yang mereka tuduh sebagai fitnah dulu dah terbukti sebagai fakta. Masih lagi dengan muka tak malu berlakon sebagai alim ulamak sedangkan pekung dan tokak terbarai dah? Simpan lah slogan2 keislaman yang PAS selalu guna untuk raih sokongan sebab rakyat dah sedar bahawa PAS ni tak lain dan tak bukan hanyalah parti orang2 yang menunggang agama dan langsung takde pun keinginan untuk menegakkan Islam. Isu2 RUU 355 dan hudud hanyalah kelentong PAS untuk dapat undi dari rakyat sedangkan sampai sekarang isu2 tu dah terkubur dan tertimbus bila PAS dah bergabung dgn BN yang terang2 menolak hudud dan RUU355. Masih lagi nak berlakon sebagai parti Islam? Cukup2 lah wei! Memang HAMPAS , puak2 yang suka makan duit rasuah ni!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. Jadi kuda tunggang dap???? Tunggang manusia???? Begitu hebat rakan2 politik pan. Peralat liberal untuk politik. Dayus agama. Ulamak tersohor sabu yg sangat fasih berbahasa arab, tapi drop out pengajian masak. Pujaan sanjungan pan, macam tiada yg lebih baik akhlaq selain kunyitan. Pan pilih tepat keluar pas untuk bergabung dengan kunyitan dan kafiran.

    ReplyDelete
  4. Pan pasti tak sokong ruu355, nanti susah nak berkunyit. Jual negara pada dap banyak dapat fulus, paling tidak fulus dari dap bulan bulan.

    ReplyDelete