KERAJAAN NEGERI SELANGOR NAK SELESAIKAN MASALAH BANJIR SALAH, TAK SELESAIKAN MASALAH BANJIR PUN SALAH

Ini fakta-fakta yg disembunyikan pihak-pihak yg berniat jahat menghasut rakyat menidakkan usaha kerajaan.

1. APA ISU KEKECOHAN PEROBOHAN RUMAH-RUMAH DI PAYA JARAS?
Jawapan: Isunya kerajaan negeri Selangor nak menaiktaraf dan melebarkan Sungai Kedondong untuk mencegah bencana banjir yg sering berlaku di kawasan Paya Jaras. Masalahnya rancangan ini dihalang oleh rumah-rumah yg bertapak secara haram di atas tanah rizab simpanan sungai.

2. KENAPA KERAJAAN NEGERI TERGESA-GESA MEROBOHKAN RUMAH-RUMAH HARAM TERSEBUT?
Jawapan: Tak tergesa-gesa pun. Rancangan ini wujud sejak Julai 2015. Sesi taklimat telah dibuat pada September 2015. Sudah empat tahun diberi kepada pemilik-pemilik rumah-rumah yg terkesan. Empat tahun tak cukup ke?

3. KENAPA KERAJAAN NEGERI TAK BANTU CARI PENYELESAIAN?
Jawapan: Kerajaan negeri pada asalnya menawar untuk membiayai kos-kos pemindahan sebanyak RM7,000 setiap seorang. Sebenarnya kerajaan tak perlu buat sedemikian pun, sbb ini perumahan haram. Tapi takpelah. Atas belas kasihan dan nilai kemanusiaan, kerajaan negeri bagi pertolongan. Tapi penduduk haram kata tak cukup pula! Ok. Takpe. Kerajaan bagi pula sejumlah 82 buah Rumah Selangorku. Surat-surat tawaran telahpun diberi kepada pemilik-pemilik rumah-rumah yg bertapak secara haram pada tahun 2018. Antaranya RKR Bukit Rahman Putra, Jade Hill Kajang, Bandar Rimbayu, De’ cendana Setia Alam dan Taman Puchong Utama. Masih tak puas hati ke?

4. TAK BOLEH KE JANGAN LEBARKAN SUNGAI KEDONDONG?
Jawapan: Jadi korang nak tenggelamkan ribuan rumah-rumah sah di seluruh Paya Jaras dalam air demi menyelamatkan beberapa buah rumah haram di Sungai Kedondong?

5. APAKAH IMPLIKASI NEGATIF YG DITANGGUNG OLEH KERAJAAN NEGERI SELAMA INI?
Jawapan: Kelewatan pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sg Kedondong telah mengakibatkan kerajaan negeri ditegur Dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2017. Selain itu, sepanjang usaha kerajaan negeri ber-rasional dengan penduduk-penduduk rumah haram, kerajaan negeri Selangor telah terpaksa membayar RM2.579 juta sebagai pampasan yg disebabkan penangguhan sejak empat tahun yg lalu. Jika penangguhan terus dibuat, kerajaan terpaksa menambah lagi pampasan sebanyak RM2,125 setiap hari. Berjuta-juta dalam pampasan ini belum lagi termasuk jumlah "loss and expenses" yg berhak dituntut oleh pihak kontraktor. Ini wang pembayar cukai tau?

6. BERAPA BUAH RUMAH PERLU DIROBOH RANCANGAN TEBATAN BANJIR SG KEDONDONG?
Jawapan: 45 buah rumah perlu dirobohkan.

7. SEMUA BERDEGIL TAK NAK BERPINDAH KE?
Jawapan: Tidak. Sebahagian daripada mereka telah bekerjasama. Bancian PDT Petaling pada 17 September 2019 mendapati pemilk 24 buah rumah telah bekerjasama. Daripada 24 buah rumah ini, 19 buah rumah telah dikosongkan manakala 5 lagi sedang dikosongkan. Malangnya, 21 buah rumah yg bertapak secara haram masih belum dikosongkan.

8. TAPI BUKAN KERAJAAN JANJI NAK TANGGUH SEHINGGA SELESAI PEPERIKSAAN KERAJAAN KE?
Jawapan: Daripada 21 rumah yg belum dikosongkan, hanya 9 buah rumah terlibat dengan peperiksaan UPKK & PT3. 9 buah rumah ini telah diberi pengecualian sehingga 8 Oktober 2019 seperti yg diminta dan seperti yg dijanjikan. Baki 12 buah rumah yg tidak terlibat dengan peperiksaan kerajaan apa pula alasan mereka untuk terus berdegil?

9. KERAJAAN NEGERI JANGANLAH TIDAK BERHATI PERUT MEROBOHKAN RUMAH ORANG MELAYU ISLAM
Jawapan: Beribu-ribu penduduk Melayu Islam di sekitar Paya Jaras terjejas dengan banjir setiap tahun. Kalau penduduk rumah haram diselamatkan, siapa pula nak bela Melayu Islam yg berdepan dengan banjir setiap tahun?

- - - - - - - - - - - - - - - - -

Jadi di mana salah kerajaan negeri Selangor? Ini rancangan tebatan banjir yg dirancang untuk mengelak ribuan penduduk Paya Jaras ditenggelami air apabila berlaku musim hujan.

~ Lebih empat tahun diberi.
~ Kos pemindahan dibiayai.
~ Rumah Selangorku ditawar.
~ Penalti penangguhan berjuta-juta ringgit terpaksa ditanggung.
~ Malu sebab ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 terpaksa ditanggung.
~ Yg terlibat dengan peperiksaan kerajaan diberi pengecualian sehingga Oktober.

Nak macam mana lagi???

Setiap tahun banjir, kerajaan negeri terpaksa bagi sumbangan berjuta-juta ringgit. Bagi sumbangan takpe, tapi dimaki hamun pula sebab tak rancang solusi kepada masalah banjir. Sekarang dah terbukti solusi memang wujud sejak tahun 2015, tapi UMNO PAS pula main politik untuk gagalkan solusi tersebut.

Politik..... Semuanya demi merampas semula kuasa. UMNO PAS tak kisah penduduk Paya Jaras ditenggelamkan banjir. Janji jumpa modal untuk gagalkan pelan mengatasi masalah banjir. Janji jumpa reka cerita untuk hasut rakyat membenci kerajaan.

Adrian Lim