Guan Eng - Haritu Pinjam Sebab Nak Bayar Gaji Penjawat Awam, Tapi Boleh Rewards Exco RM50k


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa masyarakat Cina supaya menjauhkan diri daripada sesetengah individu dan institusi Cina yang menyokong pihak yang menggunakan politik pecah belah dan merosakkan.

Dalam ucapan Tahun Baru Cinanya, Lim Guan Eng berkata, politik sedemikian termasuklah :

  1. Menolak dana kepada sekolah vernakular atau menuntut ia ditutup
  2. Memboikot produk dan perniagaan bukan Islam
  3. Melarang orang bukan Islam menjadi menteri Kabinet
  4. Mencemuh perayaan keagamaan bukan Islam dan 
  5. Menyebarkan kebohongan terhadap orang bukan Islam atas dasar kepercayaan mereka.


“Sekiranya golongan rasis, ekstremis agama dan cauvinis ini mendapat tempat dalam masyarakat mereka, semua akan rugi, sama ada Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam.”

Ini katanya, tidak hanya terhad kepada kerugian sebanyak RM150 bilion berikutan skandal kewangan kerajaan sebelum ini, tetapi juga kerugian disebabkan ketidakcekapan pentadbiran dan kerajaan negeri yang sebenarnya bankrap.

Walaupun tidak mampu membayar gaji kakitangan awam negeri dan terpaksa meminjam daripada kerajaan persekutuan untuk berbuat demikian, ada pemimpin kerajaan negeri yang memberikan ganjaran kereta mewah (Mercedes Benz) dan bonus khas RM50,000 kepada diri mereka

Lim sebelum ini mengkritik keputusan kerajaan Kelantan membeli 14 kereta mewah buatan Jerman itu untuk menteri besar dan anggota exconya sedangkan ia tidak mampu membayar gaji kakitangan awamnya dengan berkata, “ada sesuatu yang tidak kena”.

Kerajaan Kelantan baru-baru ini mengesahkan bahawa pemimpinnya diberikan bayaran khas sebanyak RM50,000.

Baca Details >> RM50k Kepada Exco, 1000 Kepada Penjawat Awam

Lim berkata, kesederhanaan berdasarkan demokrasi, kedaulatan undang-undang, pencapaian dan integriti merupakan langkah maju ke depan. Sikap moderat bukanlah bererti memujuk-mujuk atau berkonfrontasi.

“Semua pihak mesti bersedia melihat sesuatu isu dari perspektif nasional, bukan kelompok, sesuai dengan perlembagaan persekutuan, norma demokrasi dan hak asasi manusia.

Beliau berkata, pengenduran ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China akan menyaksikan ekonomi Malaysia bertambah baik pada 2020 berbanding tahun lepas.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) telah menunaikan janji manifesto pilihan rayanya melalui pengurangan harga petrol kepada RM2.08 satu liter (RON95) dan pemberian diskaun 18% ke atas kadar tol di lebuh raya PLUS.

Perpaduan dan solidariti parti komponen PH dalam usaha pembinaan negara dan pelan peralihan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjamin keutuhan dan stabiliti politik. Walau apapun kelemahan kita, tidak diragukan lagi bahawa pencapaian PH adalah lebih baik daripada kerajaan sebelum ini.

FMT 

Post a Comment

0 Comments