Warga Singapura sanggup berebut ke Ikea untuk makan sebelum ‘lockdown’.

Sejak wabak Covid-19 yang bermula di Wuhan ini menjadi pandemik, sekolah dan perniagaan di Singapura masih berjalan seperti biasa tapi kerajaannya menjalankan kempen besar-besaran meminta rakyat mereka untuk berjaga-jaga dan menjaga jarak sosial.

Namun sejak sebulan lalu, kes di Singapura meningkat dari bawah 100 kepada lebih daripada 1,300 membuatkan Perdana Menteri Singapura mengumumkan “lockdown” dan hanya membenarkan perniagaan keperluan asas saja terus berniaga sepanjang tempoh ini.

Oleh kerana pengumuman itu, rakyat Singapura dilaporkan mula membanjiri pasaraya membuat pembelian panik mengosongkan barang-barang keperluan di sana.

Bukan itu sahaja, seorang pengguna Twitter juga memuat naik gambar rakyat Singapura yang beratur panjang di luar Ikea Sabtu lepas sebab ingin buat pembelian perabot last minute dan makan meatballs Ikea sebelum lockdown dijalankan.

Sanggupkan mereka gadai nyawa?

Malah sanggup beratur panjang di beberapa pusat membeli belah untuk lakukan pembelian panik.

Mereka juga sempat beratur di beberapa pusat membeli belah untuk shopping last minute di kedai-kedai berjenama sebelum lockdown.

Seorang YouTuber terkenal di Singapura, Hirzi turut memuat naik gambar menunjukkan orang bersesak di Taman Rekreasi walaupun kerajaan sudah sarankan mereka untuk duduk rumah dan hanya boleh bersenam di taman berdekatan sahaja.