Penang Kekal Benarkan Penjualan Arak Di Kedai Runcit... Hahaha

Kerajaan Pulau Pinang belum bercadang menghalang penjualan arak di kedai runcit dan serbaneka seperti dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari, berkata beliau mengambil maklum isu kemalangan disebabkan pemandu mabuk, tetapi sudah ada undang-undang bagi kes berkenaan iaitu mengikut Seksyen 44(1) dan 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Setakat pengetahuan saya, kerajaan negeri tidak ada perancangan baharu untuk halang kedai-kedai (kedai runcit dan serbaneka yang dibenarkan) untuk menjual arak sepertimana yang dilaksanakan DBKL.

“Berhubung isu kemalangan disebabkan pemandu mabuk, sudah terdapat undang-undang sedia ada untuk kes itu,” dipetik BH.

Zairil berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Yusni Mat Piah (Pas-Penaga) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Terdahulu, Mohd Yusni membangkitkan beberapa kejadian kemalangan membabitkan pemandu mabuk di negeri itu yang ada turut menyebabkan kes kematian.

Sehubungan itu, dia mengusulkan langkah pencegahan dan kawalan penjualan arak dilakukan sama seperti dilaksanakan DBKL dan turut mendapat perhatian Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Sejak 1 November lalu, DBKL melarang penjualan arak di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina, namun penjualan bir masih dibenarkan bermula jam 7 pagi hingga 9 malam sahaja sebagaimana terkandung dalam syarat baharu permohonan Lesen Minuman Keras (LMK).

Post a Comment

5 Comments

  1. tengok siapa dilantik sebagai ketua pemerentah(kerajaan) yang juga kaki xxxxxx , maka tak heranlah kedai kat kaki lima pun akan diberi permit, nak harapkan parti yang satu tu jangan haraplah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..pas wajib dihumban ke gaung!

      Delete
  2. Rules of Law Kerala Part 1 : Najib goes to court as he was boxing with one hand tied behind his back.

    It was revealed how Datuk Seri Najib (DSN) was persecuted during his trial. DSN was denied an unfair trial when important information was seen to be deliberately hidden from his knowledge.

    According to DSN's lawyer, Tan Sri Shafee Abdullah, his client had gone to court by analogy as if he had entered a box office with one hand tied behind his back. Because he was not given everything that was his right. So this is his complaint that he is not given the right to a fair trial as guaranteed by the Malaysian Constitution under Article 5.

    This new evidence needs to be part of the appeal record as this new evidence did not appear before i.e. during the trial. Therefore, it is very logical for Najib's lawyers to 'seek permission' from the appellate court to present this latest evidence.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum mana2 jumlah wang yang terlalu banyak masuk ke dalam negara perlu melalui tapisan dan bukti dokumen dari pihak bank negara malaysia.
      Maka dokumen dan surat telah dikemukan. Pendapat telah diperolehi dari mantan gabenor bnm masa itu.Masukkan saja dalam akaun peribadi dari akaun parti.
      Malang mantan gabenor tidak mengaku mengetahui kemasukan wang yang banyak tersebut walaupun dialah tempat dirujuk dengan segala bukti surat dan dokumen.

      Begitu juga dengan wang sebanyak rm700 juta yang masuk dalam akaun keluarganya.Dia kata tak tahu?!
      Hanya rm65juta dipulangkan.
      Kenapa tiada pertuduhan?
      Kenapa atok senyap?
      Adakah benar berlaku konspirasi terancang dari pihak tertentu?

      Jika benar ada konspirasi...semoga laknatNya ke atas mereka.

      Delete
  3. ANONYMOUS oh ANONYMOUS December 3, 2021 at 8:20 AM kalu dah buta hati neraka pun disangkanya surga,

    ReplyDelete