Timb.Menteri Pendidikan Cap Ayam - Dari Parti Mana Ni? Letak Jawatan Laaa... Memalukan Kerajaan!

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying digesa meletakkan jawatan selepas gagal menyediakan jawapan pada Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat Hari ini.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary dari Perikatan Nasional (PN) berkata insiden ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Dewan Rakyat dan ia memberi imej buruk kepada kerajaan.

Beliau berkata, kegagalan untuk menyediakan jawapan dalam Dewan Rakyat turut memberi gambaran Hui Ying yang juga adik kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng seperti tidak masuk ke pejabat atau menyertai mana-mana mesyuarat melibatkan kementerian.

Menurut Marzuk, jawapan yang perlu dikemukakan menteri atau timbalan menteri sepatutnya disediakan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

"Seorang timbalan menteri perlu datang dengan persediaan, bukan sekadar penuhkan kerusi di blok kerajaan," katanya pada satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

"Sepatutnya dia boleh jawab soalan tambahan, kalau tak boleh jawab spontan, saya rasa ini satu pembaziran kepada kerajaan kerana mengajikan timbalan menteri yang tidak melaksanakan tugas dia."

Terdahulu, Hui Ying sepatutnya menggantikan tempat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang tiada dalam Dewan Rakyat untuk menjawab soalan ke-16 dikemukakan Marzuk.

Soalan itu bertanyakan mengenai peruntukan Program Rancangan Khas (RMT) dan mekanisme pemantauan makanan untuk memastikan murid sekolah mendapat makanan yang berkhasiat.

Bagaimanapun, Hui Ying memberitahu Dewan bahawa beliau tidak menyediakan jawapan dan memohon untuk memberikan jawapan bertulis.

"Minta maaf, sebab jawapan saya tidak sediakan. Boleh saya beri secara bertulis?" soal Hui Ying yang juga ahli Parlimen Tanjong.


Post a Comment

1 Comments

  1. Jangan cakap itu macam loo nanti ada yg cakap you rasis mah.

    ReplyDelete