BAN Sadis - Di Tipu Oleh Pihak Pengurusan Tiket Penerbangan MAS

Money first, public last ke macam mana. Haritu kisah airasia, sekarang kisah penumpang MAS. Firefly je belum ada cerita lagi. Now, every company yang bagi services kt malaysia perlulah ada standard skit, jangan asyik tau keuntungan je. Announce untung billion, juta, ratus juta. Tapi services macam hampeh. Sejak maxis kena kutuk dengan customer dalam facebook, baru nak bagi message percuma. Celcom pun ada satu penyakit, charge suh masuk inbox. Why not celcom bagi chances untuk customer mereka supaya taknak tinggal voice message. So, xdela kena charge kalau no yg di dial xdapat.

Now, mari ikuti kisah sadis 8 sekeluarga yang bermasalah dengan pengursan tiket penerbangan MAS.

Pada 3jun 2013 rombongan kami seramai 20 orang tiba dari Amman Jordan pada jam 7.30 Malam,di Lapangan Terbang KLIA, selepas selesai proses mendapatkan bagasi kami bergegas ke aras Lima untuk menyambung perjalanan ke Kota Bharu, setibanya di aras lima pada 8.30 Malam kami dapati jadual penerbangan dari KL ke Kota Bharu yang telah ditempah pada 29 April 2013 ( WJH4J, WLZS1,LE6J5, WXS1Z, W7RLQ ) Flight MH1426 KBR Jam 10.35 PM telah tertunda ke jam 11.00 PM dan pendaftaran dipaparkan di Board tidak dinyatakan kaunter untuk perndaftaran masuk tetapi hanya menyatakan `Kiosk`.
Pada jam 9.00 malam kami terus ke kaunter L untuk pendaftaran masuk bagasi, setelah kami mengemukakan dua puluh pasport tiba-tiba datang seorang lelaki pegawai bahagian tiket datang dan menyatakan rombongan kami seramai 8 orang tidak dapat tempat duduk dalam penerbangan ke KBR, selepas kami membuat bantahan dan pertengkaran berlaku, pihak beliau menyatakan 5 orang diberi tempat duduk dan 3 orang tidak dapat tempat dalam kapalterbang dengan jaminan pihak MAS akan memberi penginapan, voucher makanan, pengangkutan ke hotel beserta elaun diri sebanyak RM150. Pegawai yang bertugas meminta berkali-kali pihak kami supaya 3 orang ditunda keesokan hari. Selepas berhempas pulas pihak kami bertegas tidak mahu menerima tawaran tersebut dan akhirnya beliau bersetuju kami semua seramai 20 orang ditempatkan di Hotel Sama-sama dan keesokan harinya baru bertolak ke Kota Bharu. Namun hanya penginapan dan voucher makanan diberikan, elaun diri RM 150 tidak diberikan.
Tindakan ini amat mendukacitakan pihak kami dan keluarga yang menunggu di lapangan terbang Kota Bharu, ada keluarga yang datang dari Machang, Tanah Merah, Pasir Mas untuk menjemput rombongan kami terpaksa balik dengan hampa.
Pada kesokan harinya iaitu 4 Jun kami menelefon syarikah Al Quds Travel kerana pada malam itu kami telah cuba menelefon tetapi tiada jawapan kerana sudah malam, pihak syarikat menyatakan bahawa pihak tiket MAS menelefon syarikat Al Quds Travel pada Malam 3 Jun lebih kurang jam 8.30 malam menyatakan seramai 8 orang belum check in, INI SATU PEMBOHONGAN kerana pada waktu itu kaunter ditutup dan kami check in pada 9.00 malam, ini bermakna pihak MAS sengaja ingin mengisi tempat duduk kami yang telah di booking sebulan lepas dengan penumpang lain.
Berikut kami nyatakn beberapa individu yang terlibat dalam pengurusan dan perdebatan dengan pihak kami pada malam tersebut yang kami sifatkan mereka ini adalah jenis hati kering yang tidak punya perasaan kasihan belas sedangkan kami sudah mengalami perjalanan yang jauh dari Mekah bermula 2 Jun keluar dari Hotel 8 pagi, dapat menaiki kepalterbang 10.30 malam dari Jeddah terus ke Amman selama 2 jam, kamudian meneruskan penerbangan ke Bangkok selama 7 Jam transit di Bangkok selama satu jam dan terus ke KL selama dua jam lagi. ( Mereka yang terlibat ialah En. Fakhairi, dan Helmi sementara Duty Manager Counter Eugene Khoo Teng Eu) bagi kami mereka-mereka ini adalah orang yang tidak berperikemanusiaan ~ ingin mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Di sini dilampirkan juga gambar-gambar situasi yang berlaku.
Kami berharap pihak MAS hendaklah lebih bertanggungjawab terhadap pelanggan, lebih bertimbang rasa dan bertatasusila, kalau MAS mahukan keuntungan dan mahu mendapat pelangang, perkhidmatan perlu dipertingkatkan, kualiti perkhidmatan hendaklah diperbaiki, kami berharap kepada semua pelanggan hati-hatilah dengan caragaya MAS berurusan dengan pelanggan jangan pisang berbuah dua atau tiga kali.
Salinan Kepada,
1. YB. Menteri Pengkutan Malaysia2. YB. Ahli Parlimen Malaysia Kubang Kerian,3. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)4. Biro Aduan Awam Malaysia

Info Asal : AduanRakyat

Post a Comment

7 Comments

  1. mana macai umporno yg kutuk air asia haritu. ko baca tgk ni. mas pun sama je.

    ReplyDelete
  2. sekarang MAS dh xkena! padan muka!

    ReplyDelete
  3. pas ni kita naik Malindo Air aje lah!

    ReplyDelete
  4. naik bus jela setakat KL KB

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambang bas pun dah naik harga sekarang bhai

      Delete
  5. mesti keling air asia tu suka dgr berita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi bahasa.... melayu bukit ke ko nie...?

      Delete