BAN Sadis - Rompakan Secara Tontonan Umum Yang BADASS

Yang ni made in china. Bukan kat malaysia, walaupun kat malaysia ada tapi cctv around town tak banyak. Nak buat macam mana, kita tak mampu. Sebab kos tinggi, tapi pi melancong buat rombongan monteri secara berjemaah, itu bukan membazir. Mencari ilham untuk negara. Puii!

Kita duk risau pendatang asing dari banglasia, vietnasia, myanmasia. Tetapi kedatangan pendatang asing chinasia juga semakin banyak. Aku ada pergi di supermarket kat area shah alam, then jumpa sorang pekerja kat situ "chinese girl". Aku tanya barangan dalam bahasa melayu, dia geleng, tanya dalam bahasa inggeris dia geleng. Is it malaysian or chinasia.


SEORANG wanita di China hanya mampu terbaring dan terduduk ketika dirinya diragut oleh dua orang lelaki di sebuah perhentian bas.

Ternyata, kedua-dua peragut itu berani melakukan tindakan terkutuk itu secara terang-terangan di hadapan orang ramai yang lalu lalang di kawasan awam tersebut.

Kejadian itu telah berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan berhampiran.

Melalui video itu juga menunjukkan orang awam yang berada di tempat kejadian pun seakan tidak menghiraukan insiden yang berlaku atau pun mereka enggan masuk campur kerana dikhuatiri diri mereka akan diapa-apakan oleh peragut tersebut.

Buat semua, terutama buat kaum wanita, sentiasalah berhati-hati dengan persekitaran anda kerana malang sememangnya tidak berbau dan peragut kini sudah semakin berani melakukan apa sahaja demi melampiaskan kejahatan yang telah dirancang oleh mereka itu.

Sekarang ini penjenayah menjadi semakin berani untuk melakukan kegiatan terkutuk.Jadi diharapkan kepada kita semua agar lebih berhati-hati terutamanya kepada kaum hawa,warga tua.

Info Asal : Media-Siber

Post a Comment

4 Comments

  1. alahai, bangangnya yg kt tepi tu. tengok je.

    ReplyDelete
  2. Perangai lelaki sebelah tu mcm gampang. tgk buat tak tau. aku syak dia ingat nk rogol secara terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn tuduh tanpa usul periksa.

      Delete
  3. lelaki sebelah tu boleh tahan lagi, tu yang atas motor tu, takkan tekan hon or kasi vroom2 pun tak boleh? or kasi langgar terus je biar patah 5. ke patung mannequin atas motor tu?

    ReplyDelete