Bas Percuma Seluruh Selangor !! Untung Lerr!!

Kerajaan Selangor mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma di semua daerah sebelum Julai tahun ini.

Berucap ketika perasmian laluan bas percuma PJ03 dan PJ04 di perkarangan stesen LRT Taman Bahagia pagi tadi, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia bagi membolehkan seluruh rakyat, termasuk di kawasan luar bandar, menikmati perkhidmatan pengangkutan awam itu.
“Saya dimaklumkan oleh Datuk Teng Chang Khim (EXCO negeri) dalam usaha kerajaan negeri meluaskan perkhidmatan bas percuma, kita akan luaskan perkhidmatan ini di kawasan luar bandar pada Julai ini.
“Menjelang Julai, dijangka seluruh PBT akan ada perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh kerajaan negeri,” katanya lagi.

Bagi tujuan itu, katanya lagi, sebanyak 12 bas akan ditambah meliputi laluan Selayang – Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor – Sungai Besar dan Banting – Sungai Pelek.

Dengan pelancaran laluan PJ03 dan PJ04 ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini memiliki 22 bas percuma, berbanding 10 buah ketika mula beroperasi pada Mei 2014.

Selain Petaling Jaya, perkhidmatan ini juga disediakan di Ampang, Hulu Langat, Kajang, Klang, Shah Alam dan Subang.

Beliau berkata lagi, Selangor kini dalam proses rundingan dengan pihak-pihak berkaitan bagi merangka Pelan Induk Sistem Pengangkutan Awam Negeri yang akan menjamin “kelestarian pembangunan dan sistem pengangkutan awam negeri”.

“Kita ingin mendorong rakyat agar beralih dari kenderaan persendirian ke pengangkutan awam. Tetapi pada masa sama, kita bertanggungjawab menyediakan sistem yang benar-benar cekap dan berkesan,” katanya lagi.
Bas Percuma Seluruh Selangor !! Untung Lerr!! Bas Percuma Seluruh Selangor !! Untung Lerr!! Reviewed by BANkami Blog on February 01, 2016 Rating: 5

7 comments:

  1. Agak2 ape kata NOH OMAR

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Alhamdulillah terbaik...dah lama kuala selangor - tg karang - sg besar takde bas

    ReplyDelete
  3. very smart, indeed!!

    ReplyDelete
  4. baru la boleh kata rakyat didahulukan....tak la asyik-asyik rakyat kena dulu.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.