Cara Sadis Rakyat China Melepas Geram Kepada Jepun


Seorang lelaki di sini mendakwa membalas dendam terhadap Jepun dengan merempuh skuter elektriknya pada sebuah kenderaan buatan negara matahari terbit itu di satu simpang di bandar ini.

Lelaki itu, Qin, menjerit:
Saya membalas dendam untuk China dengan merosakkan kereta buatan Jepun! selepas kejadian itu.
Dia turut melontar begnya pada kereta berkenaan sebelum memukul bonet kenderaan itu dengan papan tanda jalan yang dipungut di tepi jalan.

Menurut laporan, selepas ditahan polis, Qin, kakitangan sebuah syarikat keselamatan, berjaya melepaskan diri dan menyambung semula cubaan untuk memusnahkan kereta berkenaan dan beberapa kereta lain berhampiran dengan memukul cermin depan kenderaan itu.

Qin dikatakan berasal dari Henan, wilayah yang menyediakan replika pemimpin Jepun dan membenarkan pengunjung, khususnya rakyat China, untuk melepaskan geram mereka terhadap negara berkenaan.

(HM)
Cara Sadis Rakyat China Melepas Geram Kepada Jepun Cara Sadis Rakyat China Melepas Geram Kepada Jepun Reviewed by BANkami Blog on March 15, 2016 Rating: 5

2 comments:

  1. Guna oTak ke guna kepala lutut ni?

    ReplyDelete
  2. bajet hebat la konon. pui!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.