Parti-parti di dalam Pakatan Harapan (PH) perlu mengikuti jejak Barisan Nasional (BN) yang menggunakan satu logo ketika bertanding di dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU).
Bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan berkata, ia perlu bagi mengelakkan kejadian di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berulang lagi.
“Setiap parti politik ada satu logo dan jika pembangkang serius mahu menjadi parti alternatif kepada BN, mereka haruslah mendaftar satu logo,” katanya ketika dihubungi FMT
Bagaiamanapun, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM itu juga menyatakan sehingga kini tidak ada usaha yang serius untuk pembangkang menyelesaikan masalah berkenaan.
“Ini menunjukkan mereka tidak ada persefahaman yang serius. Mereka hanya satu pakatan yang terlalu longgar. Mereka kata, mereka adalah Pakatan Harapan, tetapi kenapa bertanding kerusi sehingga bertindih? Bagaimana satu pakatan boleh memberi harapan yang berpecah?”
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fahmi Zainol pula berkata, keputusan PRN Sarawak kali ini merupakan bukti yang kukuh PH dan blok pembangkang yang lain perlu bersatu lawan UMNO/BN secara satu lawan satu.
“Jangan terlalu angkuh dan pentingkan nafsu semata-mata. Jika masih berulang pertindahan kerusi pada PRU 14 akan datang saya yakin ramai anak muda tidak teragak-agak untuk memilih tidak mengundi dan muak dengan kedua-dua pihak (BN mahupun pembangkang). Buat pimpinan tertinggi parti, jangan anggap perubahan adalah hak mutlak mereka semata-mata secara tidak langsung mengenepikan harapan rakyat secara keseluruhan,”
Dalam PRN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berjaya membentuk Kerajaan dengan kelebihan dua pertiga apabil berjaya memperolehi 72 kerusi daripada 80 kerusi yang dipertandingkan.
DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya menang di tujuh kerusi daripada 31 kerusi yang ditandinginya manakala PKR hanya menang tiga daripada 41 kerusi yang ditandingi. PAS dan Amanah tewas di semua kerusi yang ditandingi.
4 Comments
Patut sejak dari pakatan rakyat lagi mereka dah buat. Tapi masing2 EGO. Gilakan kuasa nak memerintah. Nak tunjuk PARTI mereka lebih bagus. Masing2 ada hidden agenda sendiri. Secara tak langsung menutup segala kesilapan NAJIBRAZAK.
ReplyDeleteNak bersatu mcm mane. Saper nak jadi kepala. Yg akan naik pun perjuangan islam bukan diutamakan. Rakyat mahukan perjuangan islam. Harapkan PAN?
ReplyDeleteMahathir tentu boleh tidur atau mati aman apabila melihat parti2 pembangkang dalam Pakatan Haprak bergaduh dan menikam sesama sendiri. Ini petanda umno/BN akan kekal memerintah selepas PRU14 nanti, itulah sebenarnya tujuan dia melancarkan deklarasi rakyat kerana Mahathir dah lama faham perangai DAP yang akan memusnahkan kawan dan sahabat untuk membolot kuasa.
ReplyDeleteTapi pemimpin pembangkang mana nampak tu semua. Nampak pun buat buta kayu. Janji dapat jadi presiden parti. Tu lagi penting. Lepas tu ajak rakyat buat demostrasi
Delete