#BREXIT - Pasaran London Kerugian 164 Billion Dalam 10 Minit


#Brexit. Saper amik port and saper tak amik port. Only those yang berkecimpung dalam pasaran market share, komoditi, forex yang amik port pasal ni. Yang lain aku rasa takde kesan sangat. Melainkan ko tinggal kat britain. Cerita berbeza.

Dalam situasi panik pada hari jumaat ketika proses pengundian, mostly investor menjangkakan britain tak keluar dari euro. Sebab akan berlaku satu economic financial shock dalam tempoh 1-2 tahun. Dan pelbagai perjanjian perlu diteliti semula.

Berikutan kerugian london pada situasi brexit. BOE @ Bank of England mengambil langkah suntikan kewangan sebanyak 240 Billion untuk mengatasi segala permasalahan berkaitan financial storming. Jika dilihat dari sudut ekonomi, britain dalam situasi kukuh dan tidak ada sebab untuk pound sterling terus merudum. Kejatuhan teruk pound memberi isyarat kepada investor untuk membeli semula pound setelah situasi menjadi reda. Pound juga dikatakan telah merudum kepada harga terendah dalam tempoh 30 tahun pasaran pound didagangkan.


Post a Comment

2 Comments