Bila cakap jer rumah flat, mesti akan terbayang dalam kepala otak... Tikus buat race kat tangga, silap haribulan ko sendiri kena race dengan tikus untuk sampai ke rumah yang nak dituju.. But not all flat adalah sampah. Ada jer flat yang cantik comel. Bila penduduk kat situ bersatu menjalankan gotong royong. Paling sadis bila sesetengah penduduk hanya melihat floor mereka tinggal untuk menjalankan pembersihan.. Maybe sebab penduduk di floor lain buat endah tak endah @ mmg suka melihat persekitaran gila jijik..
Tu belum masuk bab bawak motor masuk dalam lift, lepas tu conteng kata-kata cinta, kata-kata lucah kat dinding lift. Bila ditanya, majority penduduk kat sini melayu ker, islam ker. Hangguk jerla.. Ada pihak mengatakan kalau kat singapore, kerajaan mengambil alih pengurusan flat. Cuba ko tanya balik, kat singapore tu ada ker flat dibuat secara segiempat tepat tanpa memikirkan wind flowing, sistem pemparitan, sistem parking and pelbagai sistem. Semua dikaji, bukan main hentam jer. Kat malaysia, janji ko buat dapat duit, saper nak duduk lantak ko tak peduli. Lepas tu pasang barangan tak berkualiti. Duduk tak sampai setahun, dah kena tukar macam2.
So kesalahan terletak pada saper sebenar. Masyarakat tu sendiri. Termasuk golongan pemimpin. Bila kehidupan masyarakat susah, senang golongan politician nak perbodoh. Bak kata mahathir, pengundi kat PRK dipergula dengan duit. Sehingga sanggup menutup mata perihal rasuah. Inikan pulak hal kebersihan. Lagilah taknak amik port.
Jawapan politik : Tukar Parti Memerintah
Jawapan cikgu skolah : Buat gotong royong setiap minggu
Jawapan Tok kadi : Perbanyakkan amalan mengikut ajaran islam
Jawapan Diri Sendiri : Gila berat punggung ada tahi batu, Nak bantu bersihkan malas!
3 Comments
kenapa flat
ReplyDeletePangsapuri atau apartment merupakan unit perumahan lengkap diri (sejenis harta tanah tempat tinggal yang merangkumi hanya sebahagian daripada bangunan. Bangunan sebegitu boleh dipanggil bangunan apartment, rumah pangsa, blok bangunan flat atau, kadang-kala blok rumah agam, terutamanya sekiranya ia terdiri daripada banyak unit untuk disewa. Apartment boleh dimiliki oleh pemilik/penduduk atau disewa oleh penyewa (dua jenis tempoh perumahan).
ReplyDeleteIstilah apartment digemari di Amerika Utara, manakala istilah flat biasanya, tetapi tidak ekslusif, digunakan di United Kingdom, Singapura, Hong Kong dan kebanyakan negara Komanwel.
Di Malaysia, flat sering kali digunakan bagi merujuk blok perumahan berkualiti rendah yang disasarkan kepada kelompok berpendapatan rendah, sementara apartment digunakan sebagai istilah meluas dan mungkin merakumi kondominium mewah.
Di Australia, istilah apartment memiliki makna sama seperti di A.S., manakala flat lazimnya merujuk kepada mana-mana hartanah untuk disewa, terutamanya yang dikongsi oleh pelajar atau kumpulan bukan keluarga.
Akta Sewa Beli merujuk pada asas feudal bagi harta tanah seperti tanah atau sewa. Ia boleh dijumpai bersama dengan Penyewa atau Messuage bagi merangkumi kesemua tanah, bangunan dan harta tanah yang lain. Di Malaysia, ia terletak di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212)[1]
Di Amerika Syarikat dan Kanada, sesetengah penduduk pangsapuri memiliki pangsapuri mereka sendiri, samaada sebagai co-ops, di mana penghuni memiliki saham kooperasi yang memiliki bangunan atau pemaju; atau dalam kondominium, di mana penghuni memiliki pangsapuri mereka dan berkongsi hakmilik bagi ruang awam. Kebanyakan pangsapuri adalah bangunan yang dibina khusus bagi tujuan itu, tetapi rumah lama yang besar kadang-kala dipecahkan menjadi pangsapuri. Perkataan pangsapuri membawa erti unit kediaman atau bahagian dalam bangunan. Disesetengah lokasi, terutamanya di Amerika Syarikat, perkataan pangsapuri bererti unit sewa yang dimiliki oleh pemilik bangunan, dan biasanya tidak digunakan bagi kondominium.
Di UK, sesetengah pemilik rumah flet memeiliki saham dalam syarikat yang memiliki pegangan bebas bangunan. Ini biasanya dikenali sebagai flet "saham pegangan bebas". Syarikat pegangan bebas memiliki hak bagi mengutip sewa tanah tahunan dari setiap pintu pemilik flet dalam bangunan. Syarikat pegangan bebas juga turut membangunkan atau menjual bangunan, tertakluk pada perancangan dan perundangan biasa yang mungkin dikenakan.
Di sesetengah negara perkataan unit merupakan istilah umum yang merujuk pada kedua-dua pangsapuri dan sewa alamat perniagaan Suite. Perkataan ini digunakan hanya dari segi konteks bangunan khusus; contohnya, "Bangunan ini memiliki tiga unit " atau "Saya akan menyewa satu unit di bangunan ini ", tetapi tidak bagi "Saya akan menyewa satu unit di tempat lain." Di Australia, satu unit merujuk pada flet, pasangpuri atau malah rumah semi D (“semi-detached”). Sesetengah bangunan boleh dicirikan sebagai bangunan kegunaan bercampur, bererti sebahagian dari bangunan itu adalah untuk kegunaan perdagangan, perniagaan, atau pejabat, biasanya pada tingkat pertama atau beberapa tingkat pertama, dan terdapat satu atau lebih pangsapuri di bahagian bangunan selebihnya, biasanya di tingkat atas.
Apabila tiada penyewa menduduki pangsapuri, pemilik pangsapuri atau tuan rumah dikatakan memiliki kekosongan. Bagi pemberi sewa, setiap kekosongan mewakili kerugian pendapatan dari pembayar sewa dari tempoh pangsapuri kosong (contoh. Tidak diduduki). Matlamat pemberi sewa sering kali bagi mengurangkan kadar kekosongan bagi unit mereka. Pemilik pangsapuri, biasanya apabila memindak milik pada penyewa, memberikan mereka kunci pada pintu masuk pangsapuri beserta sebarang kunci lain, seperti kunci bersama pada bangunan atau sebarang ruang bersama dan kunci kotak surat. Apabila penyewa keluar, kunci ini biasanya dipulangkan pada pemilik.
Habis tu, kenapa pilih flat,boleh beli rumah teres, belilah teres, RM 65,000 je dah dapat, selesa lagi.
ReplyDelete