Konspirasi Mahathir - Najib Jahanamkan Pembangkang


Mahathir adalah seorang konspirator paling ulung tahap dewa di Malaya. dewa-dewa perang dan penjenayah perang seperti Milosevic, Pol Pot pun patut tabik kepada Mahathir. bagaimana dia yang dianggap diktator (Mahazalim, Mahafiraun) di zamannya, pada hari ini telah dinobatkan sebagai wira?

Mahathir telah mengalahkan begitu banyak perdana menteri dan mantera politikus di Malaya. seabim-abim Anwar Ibrahim, pun terkurung dalam sangkar besi, dan sudah tak dipeduli. Wan Azizah dan Nurul Izzah pun macam dah tak ambik pot. macam percaya memang suaminya seperti yang dituduh. kalau tak, bagaimana mereka boleh duduk sepentas dengan  tukang fitnah suami dan bapa mereka? aku pun tak faham. yang kau pergi ulang-alik, turun naik mahkamah bertahun-tahun dari 1998 tu buat apa dol? baiklah kau pergi makan cendol dol kalau betul laki kau memang salah.

sultan-sultan pun takut dengan Mahathir, bro. kau jangan main-main dengan Mahathir, kau sultan ke kau setan ke, Mahathirlah yang paling agung. sebab tu sampai hari ni walaupun dia dah tua dan takda kuasa, takda siapa pun yang berani sentuh Mahathir, power tak power Mahathir ni. pendapat aku, Mahathir belajar dari British macam mana nak menundukkan sultan-sultan Melayu. dia tak anti-monarki tapi dia nak jadi monarki baru, dan menjinakkan monarki lama.

sekiranya benar Mahathir adalah ancaman kepada Najib, pastilah Najib tak akan buat dek dengan beliau. pastilah Najib akan simpan Mahathir di sebelah kamar Anwar. atau menyimpan Mahathir sebagai tahanan rumah, seperti yang pernah dilakukan oleh banyak regim diktator terhadap tokoh-tokoh seperti Mandela, Aung Sann Suu Kyi dan ramai lagi. tetapi Najib nampaknya tidak berbuat begitu. Najib nampaknya membiarkan Mahathir berjalan-jalan, merayau-rayau dan melepak bersama pembangkang.

Najib adalah perdana menteri pada hari ini. sebelum ini dia adalah timbalan perdana menteri. Najib juga adalah MT UMNO (jawatan free mason paling tinggi) pastilah dia mengetahui banyak rahsia Mahathir. jika Mahathir boleh bongkar rahsianya, pastilah Najib juga boleh bongkar rahsianya. jika benar Mahathir mengancam Bik Mama, adakah kau fikir Najib akan membiarkan? Najib memegang fail Mahathir. dan Mahathir juga memegang fail Najib. kau pecah aku, aku pecah kau. kau pecah lobang aku, aku pecah lobang kau. sekarang dari kita duduk berpecah, baik kita pecahkan pembangkang. he he he. itu lebih afdhal.

undi pembangkang (baca:pembangang) tidak bertambah juga, walaupun Mahathir telah turun bersama juak-juaknya dalam pilihanraya baru-baru ini. ini memelikkan Muhyidin Yasin dan membuatkan Ahmad Maslan menjadi hairan. apa dah jadi ni der? pembangang sudah pecah menanti musnah. rakyat sudah hilang harapan kepada pakatan. UMNO-BN semakin berkuasa dan pembangang semakin porak-poranda.

mari kita lihat perpecahan apa yang telah berlaku semenjak panji-panji Deklarasi Mahathir dikibarkan:-

blok pembangkang telah terpecah-pecah menjadi berblok-blok dan saling menyerang satu sama lain selepas Mahathir menjadi Agent of Chaos.

PSM, SAMM, PAS, OTAI REFORMASI - Anti Mahathir

PAN, DAP, PKR, BERSIH - Pro Mahathir

blok Anti Mahathir menarik untuk diperhatikan, kesemua mereka mempunyai arah tuju dan ideologi berlainan. utamanya seperti PAS, SAMM dan PSM. tetapi dalam membenci Mahathir sama ada sebagai sosok atau sistem, mereka bersepakat tanpa disedari. dan mereka sama-sama tidak digemari oleh blok yang Pro Mahathir. Walaupun jelas SAMM dan PAS tidak sekufu, tetapi dalam bab Mahathir, mereka mempunyai pandangan yang sama.

kekuatan pembangkang (partisan) yang sebelum ini berada di dalam 1 blok telah terpecah kepada berblok-blok. kejayaan pembangkang dalam pilihanraya ini kalilah -2008- telah menjadi satu kebimbangan yang paling bimbang kepada seorang Mahathir. dia tidak kisah masuk keluar UMNO. itu bukan masalahnya langsung. UMNO adalah rumahnya. dia yang menukang rumah ini. apa salahnya dia masuk keluar rumah ini? ini rumahnya.

kekuatan teori ini adalah, kemunculan Mahathir tidak seperti kemunculan Anwar. kemunculan Anwar menguatkan lagi pakatan pembangkang, sehingga merampas banyak negeri, bermula era Reformasi -1998- sampai 2008. sementara kemunculan Mahathir membuatkan pembangang semakin berpecah dan semakin kalah. Anwar muncul sebagai tokoh reformis yang mempersatukan seluruh kekuatan pembangkang, baik yang berideologi Islam fundamentalis seperti PAS, Sosialis Demokrat seperti DAP, dan Liberal seperti PKR. sementara Mahathir muncul, Civil War pun semakin tajam.

selepas pilihanraya 2008, kekuatan komponen BN seperti MIC dan MCA sudah tidak boleh diharapkan. rakyat sudah tidak percayakan mereka. kaum Cina lebih percayakan DAP sementara kaum India sudah tidak percayakan Sami Vellu. ini yang membuatkan Mahathir menjadi semak dengan parti-parti komponen yang tak buat kerja, tapi asyik dok mintak kerusi jer bro, sape tak panas? maka disebabkan hanya UMNO sahaja yang tinggal, dan parti-parti perkauman lain tak boleh diharapkan, maka baiklah mereka memusnahkan kesatuan kaum pembangang. jika kita tak kuat, kita lemahkan musuh kita. ini teorinya secara kasar. maka Mahathir pun menjadi wakil untuk membuat infiltration terhadap Pakatan. lagipun nak harapkan siapa lagi? Pak Lah asyik tidur je, KJ asyik nak fit je, Nazri asyik nak lawan sultan je. lagipun semua orang sukakan Mahathir. kerana Mahathir buat KLCC dan F1.  ini yang power pasal Mahathir nih. Mahathir tahu apa yang rakyat Malaysia suka. kau tau ape bro?

yang paling terpenting adalah menjahanamkan kekuatan pembangkang yang semakin menguat dan telah merampas banyak negeri, termasuk negeri kaya seperti Selangor. jika negeri kaya seperti Selangor berjaya menunjukkan prestasi yang baik, tak mustahil negeri-negeri lain akan mencontohi negeri Selangor, menjatuhkan kerajaan sedia ada. pengaruh pembangkang akan berkembang pesat ke seluruh negeri dan negara jika tidak disekat. sesuatu perlu difikirkan. kerana itu Mahathir merestui Azmin Ali. satu lagi aku fikir, Mahathir belajar dari Muawiyah juga. dalam Perang Siffin, ketika tentera Muawiyah kalah teruk dibantai tentera Ali, Muawiyah dah cuak. sebab tu Muawiyah dan Amru Al-As berhelah. memecahkan tentera Ali yang dah nak menang kepada dua bahagian. yang satunya pro Ali yang nak terus berperang sampai menang (Syi’ah), yang satu lagi nak berdamai sebab tentera Muawiyah dah junjung pedang dengan Qur’an, kelompok ni akhirnya jadi Khawarij. dan akhirnya tentera Ali yang dah nak menang pun kalah dengan kelicikan Muawiyah, Machiavelli pertama dalam sejarah Islam.

sementara Najib menjadi wakil untuk menghimpit PAS, Mahathir pula diapit musuh-musuh PAS seperti DAP dan PAN. dalam bacaan lebih luas, kesemua parti pembangang di Malaysia telah dikuasai kembali oleh UMNO-BN. buktinya yang paling jelas adalah keputusan pilihanraya kecil baru-baru ini, walaupun Mahathir menyuruh menolak UMNO-BN, tetapi pembangkang telah berpecah kepada dua. bagaimana nak mengalahkan UMNO-BN dengan pertandingan tiga penjuru? adakah Mahathir tidak tahu apa risiko pertandingan tiga penjuru? dan benarkah Mahathir nak UMNO kalah? anaknya, Mukhriz pun masih belum keluar dari UMNO.

walaupun Mahathir ketika ditanya tentang pembebasan Anwar, dia menegaskan bahawa kita tidak boleh banyak musuh, dan harus menumpukan pada musuh yang satu (Najib), dan dia tidak bersetuju pada pembebasan Anwar, bukankah ini jelas menunjukkan dia adalah Agent of Chaos kepada pakatan pembangang? bukankah dengan dia meminta maaf atas segala jenayahnya -jika benar seperti didakwakan pembangang- dan mendesak pembebasan segera Anwar tanpa syarat, bukankah pembangang tidak ada lagi alasan untuk berpecah? bukankah pembangang ada potensi cerah untuk bersatu hati dan menang sekiranya Anwar dibebaskan?

selantang-lantang Mat Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), dan seluruh gerakan Islam politikal, mereka telah melupakan Tragedi Memali. mereka lupa bahawa Milosevic, Khmer Rogue, penjenayah perang, tak pernah sekali-kali dianggap wira. kesemua mereka telah dihadapkan ke mahkamah antarabangsa (tribunal).

Mahathir sebagai Agent of Chaos berjaya membuatkan pembangkang semakin huru hara dan semakin bangang.

BENZ ALI.

Post a Comment

1 Comments