Tun Mahathir - Maruah Pengundi BN Sudah Tiada


Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang. Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras.

Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti :

  1. Menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; 
  2. Pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; 
  3. Pembelian oleh 1MDB tanah Kerajaan bernilai 3000 RM pada harga RM 60 skp; 
  4. Penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; 
  5. Pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; 
  6. Pengakuan Najib bahawa adalah benar wang sebanyak 2.6 billion Ringgit ada dalam akaun peribadinya; 
  7. Kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; 
  8. Kehilangan berbillion Ringgit wang 1MDB; 
  9. Pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada Kerajaan.

Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang A.G. supaya dapat diganti dengan A.G. yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang OSA.

Saya tidak dapat terima seorang Perdana Menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi Kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Dato Seri Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion Ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik Kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak RM 20 billion lebih.

Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep “Cash is King”, Wang Tunai itu Raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya.
Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi. Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.
Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.
Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.
Bagi saya usaha untuk membersih Kerajaan Malaysia akan saya teruskan dengan apa cara sekalipun.

(Chedet)

Post a Comment

3 Comments

  1. Sudah jadi NAJIS kan

    TAIK mana ada nilai maruah pun

    Muka muka Melayu lagi lah suka NAJIS PAU PAU PAU

    Mat Kampau !!!!!!

    ReplyDelete
  2. ANALISA YG Umno mendapat sokongan Malayu pd PRK lalu > 70% Undi Melayu pergi kepada UMNO ? PAS berkongsi 30% Undi Melayu dgn Amanah .. Undi UMNO sikit pun tak pergi pada PAS atau Amanah.. PAS yang hilang 96% Undi Cina.. dan 30% Undi Melayu kepada Amanah berbanding PRU13..

    ReplyDelete