Hanya Di Thailand - Taman Gadai Nyawa !


Sebuah taman tarikan pelancong ditutup selepas gambar tersebar menunjukkan pengunjung dari China termasuk kanak-kanak menggadai nyawa berdiri memberi makan buaya dari dalam sangkar besi kecil.

Gambar dirakam di Elephant Kingdom di Chonburi itu dimuat naik ke Twitter Jumaat lalu mencetuskan kemarahan kerana meletakkan nyawa pengunjung berkenaan dalam bahaya.

Pengunjung berkenaan dilihat berdiri di dalam struktur seperti sangkar yang diapungkan di atas tong plastik sambil memberi puluhan buaya di bawah makanan yang diikat pada batang kayu halus.

Malah ada buaya yang dilihat melompat keluar dari air untuk mendapatkan daging yang dihulurkan.

Gambar itu dirakam seorang pemandu beca bermotor yang kebetulan lalu di situ.
Hanya Di Thailand - Taman Gadai Nyawa ! Hanya Di Thailand - Taman Gadai Nyawa ! Reviewed by BANkami Blog on July 19, 2016 Rating: 5

2 comments:

  1. Gila ahhh.. kalau bocor ker haperr.. takker mampos kena makan buaya

    ReplyDelete
  2. Thailand ape kesah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.