Inilah Cara David James Rompak Bank Di Singapura


Seorang warga Kanada yang merompak sebuah bank di Singapura dengan hanya bersenjatakan sekeping nota ugutan, didapati memberikan perhatian teliti cara memboloskan diri.

David James Roach, 27, pelancong beg galas (backpacker) yang melarikan S$30,000 (RM88,000) dari Bank Standard Chartered cawangan Holland Village, didapati menyimpan sekeping kertas dengan catatan bagaimana menyelamatkan diri daripada pihak berkuasa.

Antara caranya, menurut nota yang dijumpai polis Bangkok, ialah dengan memakai pakaian tidak bercorak, menggunakan teksi, dan berkelakuan biasa, akhbar Singapura The Straits Times melaporkan.

Satu lagi catatannya ialah “buat duit”, ditulis di sebelah senarai tiga bandar raya: Singapura, Chiang Mai dan Dubai.

Pada 7 Julai, Roach memasuki Bank Standard Chartered di Holland Village, sebelum merompak dengan hanya bersenjatakan sekeping nota ugutan yang diserahkan kepada juruwang.
“Ini rompakan, serahkan saya wang, jangan panggil polis, saya ada senjata,” menurut nota itu. Roach kemudian berjalan keluar dengan wang tunai S$30,000.
Selepas pemburuan 54 jam, Roach ditahan di Boxpackers Hostel di daerah Ratchathewi, Bangkok, atas permintaan Singapura.

Seramai 100 anggota polis Thailand terlibat dalam operasi mencarinya, termasuk memeriksa 400 kamera litar tertutup di pusat membeli-belah Central World.

Ahli keluarga Roach termasuk rakan perjalanannya melahirkan rasa terkejut selepas mendapat tahu mengenainya.
Inilah Cara David James Rompak Bank Di Singapura Inilah Cara David James Rompak Bank Di Singapura Reviewed by BANkami Blog on July 18, 2016 Rating: 5

2 comments:

  1. Kan ada butang panic kt bank. dtg bawak note lepas tu kluar. sbelum kluar kn xtekan butang panik tu kot.. kecut betul pekerja bank singapore

    ReplyDelete
  2. Nota jer kotttt

    ReplyDelete

Powered by Blogger.