#Bersih5 Penang Tidak Mendapat Sambutan


Konvoi Bersih 5.0 yang berlangsung di Pulau Pinang hari ini, hambar apabila tidak mendapat sambutan orang ramai sehingga memaksa penganjur menamatkan program itu lebih awal.

Jelajah itu dibahagikan kepada dua kumpulan yang masing-masing bermula di Bukit Mertajam dan Nibong Tebal pada jam 8 pagi tadi, dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari di Batu Kawan.

Kumpulan konvoi yang bermula di Machang Bubuk, Bukit Mertajam, hanya disertai 30 peserta dan program mereka di pasar awam Taman Selamat dilihat agak hambar.

Difahamkan, kedua-dua kumpulan sebelum itu merancang untuk berhimpun di Padang Kota, Georgetown, petang ini, namun terpaksa mengakhiri jelajah setakat di Batu Kawan sahaja.

Semalam, Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, menasihatkan penganjur konvoi himpunan itu tidak berkumpul di Padang Kota atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

BH
#Bersih5 Penang Tidak Mendapat Sambutan #Bersih5 Penang Tidak Mendapat Sambutan Reviewed by BANkami Blog on October 09, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.