China Sekat Penganut Islam Xinjiang Bawa Anak Hadiri Aktiviti Keagamaan


Menurut peraturan pendidikan baharu China yang berkuat kuasa pada 1 November ibu bapa atau penjaga tidak boleh
"menganjur, mengajak atau memaksa kanak-kanak bawah umur menghadiri sebarang aktiviti keagamaan"
Ibu bapa dan penjaga beragama Islam di Xinjiang, yang menggalakkan atau memaksa anak-anak mereka melakukan aktiviti keagamaan akan dilaporkan kepada polis, kerajaan berkata pada Rabu ketika melancarkan peraturan pendidikan baharu.

Beratus-ratus orang meninggal dunia beberapa tahun kebelakangan ini di Xinjiang, yang dihuni penganut Islam Uighur, dalam pergolakan yang dipersalahkan Beijing terhadap militan dan pemisah Islam, walaupun kumpulan hak asasi berkata keganasan yang berlaku adalah reaksi kepada dasar China yang menindas.

Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya sebarang salah laku di Xinjiang dan menegaskan hak-hak undang-undang, budaya dan agama rakyat Uighur dilindungi sepenuhnya.

Walaupun China secara rasmi menjamin kebebasan beragama, anak di bawah umur tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam aktiviti agama dan pihak berkuasa bertindak keras terhadap sekolah agama Islam atau madrasah, di Xinjiang beberapa tahun kebelakangan ini.

Peraturan pendidikan baharu, berkuat kuasa pada 1 November dan disiarkan Xinjiang Daily, berkata ibu bapa atau penjaga tidak boleh “menganjur, mengajak atau memaksa kanak-kanak bawah umur menghadiri aktiviti keagamaan”.

Mereka tidak boleh menggalakkan kepercayaan melampau kepada kanak-kanak, dan tidak memaksa berpakaian pakaian pelampau atau simbol lain, akhbar itu berkata, mengulangi peraturan larangan terhadap lelaki berjanggut atau bertudung kepada wanita.

“Mana-mana kumpulan atau individu mempunyai hak menghentikan kelakuan ini dan melaporkannya kepada pihak berkuasa keselamatan awam,” kata kerajaan dalam peraturan itu.

Peraturan juga mengharamkan sebarang bentuk aktiviti agama di sekolah-sekolah.

Jika ibu bapa tidak mampu membimbing anak-anak mereka daripada cara pelampau berbahaya atau pengganas dan mereka tidak boleh terus belajar di sekolah sedia ada, mereka boleh memohon agar anak-anak dihantar ke sekolah khas untuk “pembetulan”, peraturan negeri ini.

Pihak sekolah perlu membimbing pelajar daripada sebarang perpecahan dan ekstremisme, untuk mewujudkan persekitaran “rendah diri, mencari kebenaran, menolak kejahilan (dan) menentang kepercayaan karut”.

Ramai kaum Uighur marah terhadap sekatan ke atas budaya dan agama mereka, dan mengadu dinafikan peluang ekonomi di tengah-tengah kebanjiran majoriti kaum Cina Han ke Xinjiang.

China memenjarakan ramai keturunan Uighur yang berkempen bagi mendapatkan rawatan lebih baik bagi kaum mereka, yang paling menonjol ialah profesor ekonomi Ilham Tohti, yang dihukum penjara seumur hidup pada 2014 atas tuduhan perpecahan.

Beliau menerima anugerah hak asasi manusia tahunan yang berprestij pada Selasa, menimbulkan kemarahan Beijing yang mengatakan beliau seorang penjenayah yang memuji pengganas.

FMT
China Sekat Penganut Islam Xinjiang Bawa Anak Hadiri Aktiviti Keagamaan China Sekat Penganut Islam Xinjiang Bawa Anak Hadiri Aktiviti Keagamaan Reviewed by BANkami Blog on October 12, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.