Permainan Kanak2 Paling Mahal £98,400

Sebuah kuda jongkang-jongket bertatahkan 82,000 kristal Swarovski bakal dilelong pada harga £98,400 (RM506,000) - sama harga dengan kereta sport Aston Martin baharu.

Dengan perayaan Krismas semakin hampir, orang ramai mula mencari hadiah mahal lagi unik. Sehubungan itu bakal pembeli dipelawa membida kuda mainan yang dinamakan ‘Crystal’ itu untuk dijadikan hadiah sambutan Krismas.

Permainan mewah itu - yang termahal seumpamanya di dunia - dibuat pakar pembuat kuda jongkang-jongket, The Stevenson Brothers.

Firma yang berpangkalan di Kent itu terkenal membuat kuda mainan untuk pelanggan dalam kalangan selebriti dan keluarga diraja, termasuk Madonna, Sir Paul McCartney. Putera George menerima kuda mainan seumpama itu yang bernilai lebih £4,000 (RM21,000 ) pada 2014.



DailyMail

Comments