Perubatan Islam Tidak Salah & Tidak Mengenakan Charge Terlampau Mahal


Sebuah persatuan pengguna Islam mempertahankan kaedah “rawatan Islam” yang ditawarkan beberapa pengamal perubatan tetapi tidak bersetuju dengan bayaran tinggi yang dikenakan sebuah pusat perubatan seumpama itu baru-baru ini.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata “rawatan Islam” menawarkan alternatif apabila cara lain menemui jalan buntu.
“Pengguna perlukan alternatif ini. Ke mana kamu akan rujuk apabila doktor tidak dapat kesan penyakit yang kamu hidap? Kamu boleh cuba rujuk perubatan Islam,”
Bagaimanapun, Asmawi yang juga seorang pengamal kaedah perubatan tersebut, berkata harga rawatan yang melampau dikenakan perkhidmatan berkenaan akan hanya mencemar imej agama.
bayaran


Ia susulan sebuah pusat perubatan Islam di Melaka berhenti beroperasi susulan siasatan ke atas bil berjumlah RM32,800 yang dikenakan ke atas seorang pesakit.

Bil termasuk RM2,600 untuk menghalau patung, RM10,000 untuk merawat buah pinggang, RM10,000 untuk merawat masalah saraf, RM4,300 untuk membetulkan rahim, RM5,000 untuk kencing manis, dan RM900 untuk mandian.

Resit menunjukkan pesakit membayar RM5,100, iaitu RM300 tunai dan RM4,800 daripada memajak gelang emas.

Asmawi berkata ada yang mengambil kesempatan daripada jenama Islam dengan mengenakan harga sewenangnya kerana pengguna jarang pertikaikan.
“Pengguna tidak berani persoal kerana kamu guna jenama Islam, sedangkan Islam melarang kamu berlaku tidak adil dalam perniagaan,”
Katanya bayaran yang berpatutan sudah memadai sebagai bayaran untuk masa pengamal, kerana rawatan Islam menggunakan petikan ayat Al-Quran.
“Allah beri amaran kepada kita supaya jangan menjual ayat, Apabila berubat, nabi hanya guna ayat Al-Quran dan doa, jadi bila difikirkan, nak kenakan bayaran untuk apa lagi selain masa?”
Sebaliknya, Asmawi berkata perubatan moden melibatkan kos ubat yang sesetengahnya diimport.
Katanya pengamal perubatan Islam perlu tahu bagaimana untuk mengimbangi keperluan sendiri dan masyarakat yang memerlukan rawatan alternatif.

Bayaran ‘ikhlas’

Pusat Rawatan Islam Darussyifa di Bangi berkata rawatan mereka lazimnya percuma dan mengikut derma.
“Selalunya rawatan kami menggunakan air, jadi mereka boleh bawa air sendiri atau mereka boleh beli air daripada kami pada harga pasaran sebotol air, Ada tabung derma jika mereka mahu menderma tetapi itu terpulang kepada pengguna. Kami hanya kenakan bayaran untuk ubat buasir tetapi itu pun harganya cuma RM20.”
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Kuala Lumpur pula mengenakan bayaran tetapi “pada kadar yang sangat rendah”.
“Cuma bayar RM10.60 untuk pendaftaran, manakala untuk rawatan biasa boleh sehingga RM53 dan RM80 kalau menghalau. Kami percaya harga kami cukup rendah dan kami punyai sistem, jadi kalau ada orang daripada pusat ini cuba runding harga, maka mereka akan dipertanggungjawabkan.” kata jurucakapnya yang menambah harga tidak boleh dirunding

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi di Kajang berkata harga mereka mengikut kemampuan dan keikhlasan pesakit.
“Ada pesakit yang tidak bayar tetapi kami tetap rawat,” kata seorang jurucakap.

FMT

Post a Comment

0 Comments