Kenapa Adam Tidak Mahu Istihar Harta? Tak Bersalah, Apa Masalah?



PKR hari ini mempertahankan pemimpin Pemudanya, Datuk Adam Rosly yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa pada usia muda, tidak perlu mengisytiharkan hartanya kerana beliau bukan penjawat awam.
Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin turut memuji kesediaan Adam memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam sebarang siasatan.
“Pengisytiharan harta untuk mereka yang ada kuasa eksekutif dan pegawai kerajaan, bukan peniaga atau orang awam. Beliau sudah jelaskan tiada apa-apa jawatan kerajaan, jadi saya tidak nampak ada keperluan untuk mengisytiharkan harta,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini menasihatkan Adam mengisytihar semua hartanya secepat mungkin kerana ia adalah mekanisme pemeriksaan dan kawal selia diri yang dirasakannya perlu dilakukan semua orang, lebih-lebih lagi Datuk Jamal Yunos.

FMT

Post a Comment

0 Comments