Punca Sebenar Elly Mazlein Kecil Hati #GV3


Penyanyi Elly Mazlein menjelaskan tindakannya berundur daripada program realiti Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) disebabkan dia berkecil hati dengan juri tetap, Datuk Ramli MS yang mengaitkan sentimen simpati dan belas kasihan ketika mengulas persembahannya.
"Komen Ramli yang menyatakan terpulang dengan belas ihsan Astro sama ada saya mampu bertahan atau tidak, sangat mengecewakan sehingga membuat saya nekad untuk menarik diri.
"Kenyataan itu seolah-olah mengiyakan pendapat netizen yang mendakwa saya bertahan dalam program ini berdasarkan simpati semata-mata. Itu yang membuatkan saya hilang kekuatan dan tiada semangat untuk terus berjuang,"
Terdahulu, ketika Elly diumumkan tidak mendapat lagu bagi konsert kelima sekaligus tersingkir daripada GV3, ramai peminat dan pengikut program realiti itu bagai tidak percaya dan mempersoalkan keputusan dibuat.

Elly dikatakan memaklumkan pihak produksi mengenai keputusannya berundur daripada GV3 di belakang pentas sebaik saja Ramli memberi ulasan terhadap persembahannya bersama Achong ketika mendendangkan lagu Jangan Menangis Sayang.

Dia bagaimanapun tidak mahu menuding jari terhadap Astro termasuk Ramli malah menyifatkan insiden berkenaan sebagai dugaan buatnya.
"Saya berterima kasih kepada Astro kerana memberi peluang ini. Lagipun markah saya pada minggu ini memang rendah. Sesuailah dengan keadaan yang berlaku," katanya.

MD

Post a Comment

0 Comments