Siapa yang tak suka makan daging ayam, kan. Tak kisahlah ayam goreng, gulai, panggang atau apa sahaja jenis masakan, mesti ada si penggemarnya.
Namun, tahukah kita semua, terdapat lima bahagian ayam yang terkandung racun? Jika kita kerap memakan bahagian ini, mungkin kita akan terkena racunnya.
1. Kepala
- Bahagian ini dikatakan mengandungi logam berat.
- Walaupun bukan keseluruhannya, namun kawasan leher adalah tempat kebiasaan yang digunakan penternak memberikan zat kimia untuk makanan ayam.
- Bekas bahan kimia pada makanan itu yang berbentuk logam berat terus tersimpan (terlebih dalam otak ayam) yang pasti membahayakan kesihatan manusia.
2. Kepak
- Ramai yang gemar bahagian ini kerana dikatakan kurang mengandungi lemak, tetapi bahagian inilah dikatakan lebih banyak mengandungi pelbagai jenis ubat.
- Di sinilah ayam akan disuntik dengan pelbagai ubat terutama untuk proses tumbesaran.
- Ayam akan diberikan hormon sekurang-kurangnya empat kali untuk cepat matang. Kerana itu, dahulu ayam mengambil masa agak lama berbanding sekarang kurang empat bulan ayam sedia untuk dijual.
- Jadi apabila kerap memakan bahagian ini, risiko mendapat penyakit kanser sangat tinggi.
3. Leher
- Ramai juga penggemar leher ayam. Dulu, ada yang takut kalau makan leher ayam ini, nanti naik pelamin, kepala teleng.
- Bahagian ini mengandungi kandungan bakteria serta virus yang sangat tinggi.
- Biarpun hanya sedikit daging di bahagian ini, namn inilah bahagian paling banyak pembuluh darah serta kelenjar.
- Lebih mudah kuman memasuki badan kita dengan memakan bahagian ini.
4. Buntut
- Dikatakan banyak memakan bahagian ini berisiko menghidapi kanser usus.
- Bahagian ini memiliki kandungan hormon, serta adalah tempat berkumpulnya kelenjar.
- Segala ubat yang dimasukkan ke ayam tidak dapat dicerna baik lalu berkumpul di bahagian ini.
5. Kulit
- Makan daging ayam tanpa kulit, tidak lengkap rasanya. Hakikatnya, kulit antara bahagian yang bahaya juga.
- Menerusi kajian di Jepun, antibiotik, hormon, toksin yang larut dalam lemak ada di dalam kulit haiwan, termasuk juga ayam.
- Di dalam kulit ayam sangat banyak tersimpan toksin yang berbentuk larut dalam lemak, yang pasti dapat sangatlah merubah metabolisme toksin dalam hati.
- Jika terlebih makan kulit ayam, mudahlah mendapat masalah obesiti.
SinarHarian
0 Comments