Rentetan Isu Porsche Mursyidul Am Pas & Saman 90juta Husam Musa


Dari isu 90juta, rakyat menunggu PAS nak saman sarawak report di london. Dan sekarang bertukar kepada PAS akan saman Husam Musa. Rakyat terus menanti dan mahu melihat siapa sebenarnya yang bersalah dan yang benar.

Ada pelbagai tohmahan yang timbul dimana TiTM mengeluarkan kenyataan tegas didalam facebook yang menyatakan PAS akan saman Husam Musa, manakala presiden PAS menyatakan itu semua alasan husam untuk tidak bertanding PRU14 apabila kalah saman. Tetapi reaksi Husam Musa terus positif dan tiada kenyataan "menarik balik kenyataan" @ permohonan maaf kepada PAS.

Dan harini merujuk pulak statement daripada Ketua Pemuda Pas Wilayah melalui malaysiakini dimana menyatakan : 
“Kami yakin dengan mursyidul am kami tidak ada kereta Porsche atas nama beliau. Mungkin atas nama sanak saudara beliau. Salah ke sanak saudara dia ada kereta Porsche,” katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi. Malaysiakini....
Isu porsche ni sebenarnya isu lama yang ditimbulkan blogger BN cucustokelampit yang menyatakan masa tu Mursyidul Am adalah sebagai pesuruhjaya PAS perlis. Dan Mursyidul Am PAS sendiri telah menyatakan :
“Saya sudah jelaskan kereta itu milik anak saya yang dibeli semasa di England tahun lalu, dengan harga kira-kira RM100,000. - SinarHarian
Ditokok tambah lagi dia juga menyatakan anaknya seorang ahli perniagaan pengusaha sarang burung walit. Cerita yang timbul sekarang macam tulah. Mursyidul Am PAS tetap berpegang teguh dengan menyatakan dia hanya guna kereta proton saja.

Moral cerita : Kita tunggu saja surat saman PAS kepada Husam Musa secara terbuka supaya isu 90 Juta diselesaikan. Benar atau Tidak. Kita tunggu...


Post a Comment

1 Comments

  1. Nak saman,surat saman tak keluar. Mcm mana?

    ReplyDelete