Gaddafi mengoyak kulit depan Piagam PBB semasa memberi ucapan di hadapan pemimpin-pemimpin dunia. Kemudian kertas itu dibaling ke podium ke arah pemimpin kuasa besar dunia yang telah sekian lama mencabuli matlamat kewujudan badan dunia itu. Demikian hinanya pemimpin-pemimpin yang bersekongkol dengan AS atas nama PBB untuk menindas negara-negara kuasa kecil dan miskin.
Podium PBB adalah premis yang penuh hormat dan mulia. Podium itu juga menjadi pentas sandiwara kuasa besar menggunakan lesen “membunuh” yang dikeluarkan atas nama Majlis Keselamatan PBB. Maka dunia telah lama hilang kepercayaan dan rasa hormat kepada PBB.
Mengoyak piagam PBB di majlis rasmi PBB memberikan signifikan keruntuhan badan dunia itu dan maruahnya telah dipijak oleh pemimpin negara Islam yang berani dan radikal. Belum pernah dalam sejarah PBB pemimpin sebuah negara mengoyak piagam dan mencampakkan kepada pemimpin dunia di belakangnya. Sejarah hina PBB akhirnya tercipta biarpun kebanyakan agensi berita Barat melaporkan tindakan itu kurang ajar.
Kita wajar berbangga dan berterima kasih kepada Gaddafi yang berani bertindak “kurang ajar” demi menyedarkan pemimpin kuasa besar yang mendominasi PBB. Gaddafi sebenarnya melangsungkan kritikan keras Dr. Mahathir enam tahun lalu. Gaddafi tentunya tidak berhasrat untuk pergi makan angin ke New York buat kali pertama sejak memerintah Libya 40 tahun lalu. Gaddafi memulaukan PBB kerana badan dunia itu dipimpin oleh kuasa besar besar yang tidak prihatin kepada negara-negara kuasa kecil.
Media antarabangsa, yang masing-masing dipengaruhi oleh Amerika Syarikat dan Britain melalui lidah rasmi mereka, CNN dan BBC, telah berjaya melabelkan Gaddafi sebagai seorang diktator yang tegar dan zalim.
Seperti biasa, media berkenaan tidak akan mendedahkan sebarang kebaikan Gaddafi semasa pemerintahannya. Gaddafi tidak seperti diktator lain, berjaya menunjukkan sifat perikemanusiaan, yang selama ini tidak pernah didengari.
Adakah kedatangan demokrasi ke bumi Libya mampu untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya setelah rejim Gaddafi kecundang? Hanya masa yang akan menentukan jawapannya.
Sementara itu, berikut merupakan fakta-fakta yang tidak diketahui oleh masyarakat dunia mengenai pemerintah diktator Libya, Muammar Gaddafi :
1. Tiada bil elektrik di Libya.
- Elektrik adalah percuma untuk semua rakyatnya.
- Sumber eletriknya dibekalkan oleh syarikat kepunyaan Negara sendiri iaitu General Electric Company of Libya (GECOL).
2. Tiada faedah ke atas pinjaman bank.
- Bank-bank di Libya adalah milik kerajaan dan pinjaman diberikan kepada semua warganegara pada kadar faedah 0% oleh undang-undang.
3. Rumah dianggap sebagai hak asasi manusia di Libya.
- Gaddafi berikrar bahawa ibu bapanya tidak akan mendapat rumah sehingga semua orang di Libya mempunyai rumah.
- Bapa Gaddafi meninggal dunia semasa dia, isterinya dan ibunya masih lagi tinggal di khemah.
4. Pengantin baru menerima 60,000 Dinar (USD 50,000).
- Semua pasangan pengantin baru di Libya menerima 60,000 Dinar oleh kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama mereka bagi memulakan hidup berkeluarga.
5. Pendidikan dan rawatan perubatan percuma.
- Sebelum Gaddafi memerintah Libya, hanya 25% rakyatnya celik huruf.
- Hari ini, angka tersebut meningkat kepada 83%.
6. Peladang mendapat bantuan percuma.
- Sekiranya rakyat Libya ingin menceburkan diri dalam bidang perladangan, mereka akan menerima tanah ladang, rumah ladang, peralatan, benih dan ternakan secara percuma.
7. Kemudahan pendidikan dan rawatan luar negara.
- Sekiranya perkhidmatan pendidikan dan rawatan yang diperlukan oleh rakyat di Libya tiada, kerajaan akan menanggung perbelanjaan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut di luar negara, termasuk penginapan berjumlah USD 2,300 sebulan dan elaun kereta, secara percuma.
8. Subsidi kereta.
- Di Libya, kerajaan akan memberi subsidi pembelian kereta sebanyak 50% daripada harga kereta berkenaan.
9. Harga petrol yang rendah.
- Harga petrol di Libya ialah USD 0.14 seliter.(ketika pemerintahan Gaddafi)
10. Hasil jualan minyak diagihkan kepada rakyat.
- Sebahagian hasil jualan minyak Libya akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank semua rakyat Libya.
11. Hutang dan Rizab.
- Libya tidak mempunyai hutang di luar negara dan mempunyai rizab berjumlah USD 150 bilion.
12. Graduan menganggur mendapat gaji.
- Sekiranya seseorang rakyat Libya gagal mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian, kerajaan akan membayar graduan berkenaan “gaji” purata mengikut profession yang layak, seolah-oleh graduan berkenaan sedang bekerja, sehingga mendapat pekerjaan yang sebenar.
13. Elaun melahirkan anak.
- Seorang ibu yang melahirkan anak akan menerima USD 5,000
14. Harga makanan yang rendah.
- Harga 40 buku roti di Libya hanya berjumlah USD 0.15.
15. Rakyat berpendidikan tinggi.
- Sebanyak 25% daripada rakyat Libya mempunyai ijazah universiti.
16. Projek pengairan.
- Gaddafi melaksanakan projek pengairan yang terbesar di dunia, yang dikenali sebagai projek “Great Man-Made River” (GMR), untuk memastikan bekalan air sentiasa ada di seluruh Libya yang di mana kebanyakan kawasan negara ini adalah padang pasir Sahara yang kering kontang.
0 Comments