Krisis Syria - Rakyat Malaysia Diminta Istiqamah Hadapi Kenaikan Harga Petrol, Diesel


Harga bahan api di negara ini mungkin meningkat jika serangan Amerika Syarikat di Syria baru-baru ini memberi kesan kepada harganya di peringkat dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata ia berikutan harga runcit minyak petrol dan diesel di negara ini bergantung sepenuhnya pada harga bahan api dunia. 
"Apabila kita mengumumkan harga bahan api, ia adalah sama dengan (turun dan naik) harga minyak pasaran dunia, bukan kita buat sesuka hati. 

"Jika harga pasaran dunia meningkat, sudah tentulah harga minyak petrol dan diesel dalam negara kita juga akan meningkat,"
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan harga bahan api dunia naik susulan serangan Amerika Syarikat terhadap Syria, Jumaat lalu sekali gus memberi kesan kepada pasaran domestik.

Hamzah berkata, rakyat perlu sedar semua syarikat yang menjual bahan api di negara ini menjual minyak petrol dan diesel mengikut harga pasaran dunia serta perkiraan Mekanisme Penetapan Harga Minyak (APM) yang saya telah umumkan sebelum ini. 
"Jika harga bahan api pasaran dunia naik walaupun APM itu stabil, harganya (bahan api) akhirnya akan naik,"

BH

Post a Comment

0 Comments