Mati DIbunuh Kerana Tegur "Masak Tidak Sedap"


Seorang pekerja ladang mati dibunuh rakan serumahnya di sebuah rumah pekerja ladang estate Belenggu Hall di sini gara-gara makanan yang dimasak mangsa tidak sedap dan kotor.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, mangsa 59 tahun, patah sembilan tulang rusuk kiri dan 11 tulung rusuk kanan akibat dibelasah suspek seorang India Muslim berusia 35 tahun.

Menurutnya, siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 16 April lalu kira-kira jam 10 malam apabila suspek yang tidak berpuas hati dengan hidangan makanan disediakan mangsa bertindak menegur mangsa.

Bagaimanapun katanya, teguran itu menyebabkan mangsa tidak berpuas hati lalu berlaku pergelutan.
“Suspek telah menumbuk, menendang dan memukul mangsa dengan sebatang kayu serta sebilah parang.  

SH

Comments