Tun M Dakwa "Pemerintahan Darurat" Mungkin Berlaku Jika BN Kalah


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad yakin keputusan pilihan raya umum akan datang bakal diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal jika BN kalah dengan majoriti tipis.
"Sama ada itu ataupun kerajaan enggan mengakui mereka kalah. Pembangkang akan dituduh menipu.
"Tidak ada bukti yang diperlukan untuk kerajaan mengisytiharkan demikian. Pembuli BN akan bersedia mewujudkan ketidakstabilan.
"Atas dasar ini, mungkin pemerintah darurat diisytiharkan dan Parlimen akan digantung," katanya dalam catatan terbaru di blog.
Mahathir berkata sekiranya Parlimen digantung, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seperti yang dibentuk selepas rusuhan kaum pada tahun 1969, akan ditubuhkan untuk mengendalikan negara dengan menggunakan undang-undang tentera.

Menurut Mahathir, tempoh ketidakpastian ini akan membolehkan BN untuk membeli ahli parlimen daripada pihak lawan.
"Apabila BN mendapat majoriti yang mencukupi, darurat akan ditarik balik dan BN akan membentuk kerajaan majoriti. Parlimen akan bersidang semula," katanya.

MK

Post a Comment

1 Comments