Ijtima' Kelantan - "Kau Agak2 Syeikh Qurahdaghi & Dr Zakir Datang Tak Hari ni ?"



Booking !! Itu antara patah patah kata awal saya ketika membaca iklan tentang ijtima Kelantan. Seronok 'gile' apabila mendapati Dr Zakir Naik akan turut serta dalam himpunan anjuran KERAJAAN NEGERI KELANTAN itu. Aku terus booking tiket flight , tempat tidur aku harap dapat walkin rumah member sahaja di Kg Laut Tumpat. Haha (jimaat)

22 Julai , sekitar jam 8 pagi , aku touch down di negeri cik siti wan kembang , member aku sedia menunggu untuk sama sama kami nikmati himpunan pencinta Ulama ini. Dalam perjalanan itu banyak yang kami bualkan , antaranya tentang Kesatuan Ulama , Isu Kuwait - Iran , isu Paha - DrRora . Tiba tiba kawan aku timbulkan satu persoalan



' Kau agak agak Syeikh Qurahdaghi dengan DrZakir dtg x hari ni ?? '
Soalan itu benar benar membuatkan aku tertanya . Aku jawab dengan yakin
' Gambar dah ada dalam poster siap caption SLOT BERSAMA , Takkan penganjur nak jadikan bahan promosi ja..tokoh dunia tu.. '
Persoalan itu mati disitu apabila kawan aku brek mengejut mengelak daripada kereta dak dak Myvi keluar simpang melulu. Mungkin juga ini amaran TUHAN kerana ragu ragu dengan penganjur yang juga ULAMA .

Kami yang sedang insaf terus ke kedai abe wok Itik Serati. Lepas melantak dengan bahagia , kami ke Kg Laut untuk rehat sementara petang nanti akan ke Stadium.

Jam 4.00 petang kami sudah tiba di perkarangan stadium , orang sudah mula membanjiri . Aku disapa untuk membeli Tshirt kesatuan Ulama , tapi aku tak minat dengan Disign , so aku bagi Rm10 pada abe tu sebagai sedekah.

Lepas Asar majlis nak bermula , dipendekkan cerita dari awal aku tunggu mana kelibat 2 tokoh yang kami tertanya tanya pagi tadi. Yang kami jelas nampak hanya kelibat pengunjung berbaju hijau tertulis ARC , berlogokan parti dan yang berbaju ungu RUU355. Negara demokrasi , lantak koranglah..

Namun sehingga akhirnya , kelibat 2 tokoh tadi tidak jugak kelihatan. Aku sangat kecewa. Sungguh kecewa. Jangankan 2 tokoh itu UAI pon tidak hadir. Terlalu mudahkan mereka 'ponteng' ijtima ini ? Atau 100k rakyat ( ikut cakap cakap pengunjung ) tertipu dengan poster gegak gempita penganjur ?

Lebih aku sesali , program yang dianjur kerajaan Negeri ini kuat berbau politik kepartian. Sedangkan ia bersumberkan dana 'Tax Payer'. Sesenang itu ulama memanipulasikan wang rakyat untuk mengangkat ketaksuban kepada seorang itu ?

Sungguh aku kecewa !

AlFaqir
KLIA2
23 Julai / 9.55 pagi

Post a Comment

0 Comments