Ini Reaksi Qatar Kepada Negara Teluk !


Qatar semalam memberi reaksi kepada senarai tuntutan dikemukakan Arab Saudi dan sekutunya, selepas bersetuju memberikan lanjutan masa 48 jam kepada Doha meneliti kemarahan mereka.

Butiran reaksi itu tidak diperoleh tetapi pegawai Teluk memberitahu Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani menyatakan perkara itu ketika lawatan pendek ke Kuwait, yang bertindak sebagai orang tengah dalam krisis itu. 

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir mengumumkan awal semalam mereka melanjutkan tarikh akhir bagi Qatar untuk bersetuju dengan senarai 13 tuntutan yang dikeluarkan pada 22 Jun lalu.

Kenyataan bersama berkata, mereka melanjutkan tuntutan itu, yang berakhir semalam, atas permintaan Emir Kuwait. Tuntutan termasuk Doha menamatkan sokongan kepada Ikhwanul Muslimin, menutup saluran al-Jazeera, memutuskan hubungan dengan Iran dan menutup pangkalan tentera Turki di negara itu.

Sementara itu, Arab Saudi mengharapkan tindak balas 'positif' kepada tuntutan itu. 
"Kami mengharapkan tindakan balas positif bagi menyelesaikan krisis," kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir.

BH

Post a Comment

1 Comments