Jamal - "Rafizi, Jom Pekena Teh Tarik & Roti Canai Pandan"


Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos ingin mempelawa Rafizi Ramli untuk minum teh tarik dan makan roti canai ekoran kenyataan anggota Parlimen Pandan itu bahawa beliau (Jamal) layak menggantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi jawatan ketua Pemuda Umno.

Kata Jamal, beliau akan turun ke kawasan Pandan untuk berbuat demikian sekiranya Rafizi sudi menerima kunjungannya.
“Saya mengalu-alukan saudara Rafizi dan ucap terima kasih pada beliau... saya nak belanja beliau teh tarik dan roti canai di kawasan beliau di Pandan.
“Saya nak belanja dia makan sebagai penghargaan sebab kata saya boleh jadi Ketua Pemua Umno sebagai tanda terima kasih.
“Kalau beliau serius (kata saya layak), saya pun serius. Bila-bila dia (Rafizi) free saya boleh datang ke Pandan, kita makan di kedai makan atau restoran,” katanya kepada Malaysiakini.
Semalam Rafizi berkata Jamal Yunos layak menggantikan Khairy bagi jawatan ketua Pemuda Umno.

Kata Rafizi, Jamal lebih berani daripada Khairy apabila berdemo dengan hanya bertuala di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tidak lama dahulu.

Malah katanya, Jamal juga berani menyahut seruannya untuk berdebat bagi mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Jamal berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam.

Katanya, pertemuan yang telah dirancang sejak sekian lama itu antara lain membincangkan isu politik tanah air serta menyentuh mengenai hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.
“Kami adakan perbincangan mengenai politik semasa dan beliau mengulas kenyataan saya ketika merasmikan Pemuda Umno di Sungai Besar untuk menawarkan diri menjadi calon, beliau tanya adakah saya serius, saya katakan apa yang saya umumkan serius bukan main-main. Kalau serius beliau (Nazri) akan nyatakan sokongan pada saya,” katanya.
Jamal ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Khairy buat masa ini berkata beliau menyanjungi menteri belia dan sukan itu kerana mempunyai karakter yang tersendiri.

“Saya tak ada masalah dengan YB Khairy dan saya menjunjung tinggi dia sebagai tokoh pemuda dengan karakternya yang tersendiri sebagai seorang yang cukup digemari terutamanya anak muda.

“Saya nak tawarkan diri sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia sekiranya beliau tak lagi kekal dengan jawatan sekarang,” katanya.

MK
Jamal - "Rafizi, Jom Pekena Teh Tarik & Roti Canai Pandan" Jamal - "Rafizi, Jom Pekena Teh Tarik & Roti Canai Pandan" Reviewed by BANkami Blog on July 19, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.