Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini mempersoalkan jika ada sesiapa yang berani menghapuskan sekolah vernakular walaupun ia baik untuk menggalakkan perpaduan dalam negara ini.
"Dengan menghapuskan sekolah vernakular, siapa yang ada keberanian politik untuk melakukan itu?Ia adalah sesi perbincangan mengenai pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan program hari ini dianjurkan oleh kakitangan Petronas.
"Ia adalah ideal kerana anda mahu semua orang pergi ke sekolah sama sebagai suatu elemen perpaduan... tetapi ia sukar.
"Buat masa ini saya tidak nampak mana-mana pihak melakukannya," kata Khairy semasa menghadiri sesi dialog TN50x di Kuala Lumpur hari ini.
Usaha menghapuskan sekolah vernakular adalan antara isu yang menarik minat kira-kira 250 kakitangan Petronas yang hadir pada sesi tadi.
Seorang daripadanya yang memperkenalkan diri sebagai Azlan berkata, dia memang inginkan sebuah negara yang bersatu padu dan antara cara paling berkesan mencapainya ialah menghapuskan sistem persekolahan vernakular.
MK
0 Comments