Ancaman Trump! Korea Utara Teliti Serang Guam (Pengkalan Tentera US)


Korea Utara berkata pada hari Rabu ia sedang mempertimbangkan rancangan melancarkan peluru berpandu ke wilayah Guam, hanya beberapa jam selepas Presiden Donald Trump memberi amaran keras kepada negara itu berhubung sebarang ancaman terhadap Amerika Syarikat.

Ketegangan itu telah menjejaskan pasaran kewangan global dan mendorong amaran dari pegawai dan penganalisis AS supaya tidak terlibat dalam perang mulut dengan Korea Utara.

Pyongyang berkata ia "sedang meneliti" satu rancangan untuk menyerang Guam, sebuah pulau sekitar 162,000 di Pasifik barat dan pangkalan tentera AS yang menempatkan skuadron kapal selam, pangkalan udara dan kumpulan Pengawal Pantai.

Jurucakap Tentera Rakyat Korea (KPA), dalam satu kenyataan yang diumumkan oleh agensi berita KCNA, berkata pelan itu akan dilaksanakan pada bila-bila masa sebaik sahaja pemimpin Kim Jong Un membuat keputusan.

Dalam satu lagi kenyataan yang memetik jurucakap tentera yang berlainan, Korea Utara juga menuduh Amerika Syarikat mencipta "perang pencegahan" dan menegaskan sebarang rancangan untuk melaksanakannya akan berdepan dengan "peperangan terhebat yang menghapuskan semua kubu musuh, termasuk tanah besar Amerika Syarikat".

Washington memberi amaran bahawa ia bersedia menggunakan kekerasan jika perlu untuk menghentikan program peluru berpandu balistik dan nuklear Korea Utara tetapi ia lebih memilih tindakan diplomatik global, termasuk mengenakan sekatan.

Bercakap kepada wartawan di New Jersey pada hari Selasa, Trump mengeluarkan amaran paling kuat kepada Korea Utara.
"Korea Utara sebaiknya tidak membuat sebarang ancaman terhadap Amerika Syarikat," katanya sambil memberi amaran bahawa republik itu akan berdepan dengan apa yang dunia tidak pernah saksikan.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara mengenakan sekatan baru ke atas Korea Utara pada hari Sabtu ekoran tindakannya yang berterusan melancarkan ujian peluru berpandu, dan sekatan ityu boleh mengurangkan satu pertiga daripada hasil eksport tahunannya yang berjumlah AS$3 bilion.

Korea Utara tidak merahsiakan rancangannya untuk membangunkan peluru berpandu nuklear yang mampu mensasarkan Amerika Syarikat dan telah mengabaikan desakan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan program tersebut.

Ia mengatakan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) adalah cara pertahanan yang sah terhadap apa yang didakwanya permusuhan Amerika.

Ia telah lama menuduh Amerika Syarikat dan Korea Selatan sengaja meningkatkan ketegangan dengan mengadakan latihan ketenteraan.

Saham AS ditutup sedikit rendah selepas komen Trump itu dan urusniaga hadapan saham S & P (ESc1) terus merosot dalam perdagangan Asia.

Indeks dolar AS merosot  dan yen mengukuh berbanding mata wang Amerika Syarikat selepas respons Korea Utara itu. Bursa Saham Asia merosot, dengan indeks penanda aras Korea Selatan dan Nikkei Jepun jatuh 0.5 peratus.

MK

Post a Comment

2 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete