Dr Maza - Negara 'Agama' Tidak Amanah


Di sebahagian negara bukan muslim seperti Negara-negara Scandinavia, Jepun, NZ, Australia,  beberapa negara Eropah dan seumpamanya, majlis kenegaraan mereka tidak dihiasi dengan unsur-unsur keagamaan. Namun, mereka dari segi amanah harta rakyat, urus tadbir awam dan penjagaan alam sekitar sangat cemerlang dan terbilang.
.
Arahan Tuhan agar manusia amanah sesama mereka dan menguruskan alam dengan baik sedang mereka tunaikan. Rakyat mereka pula sangat sensitif tentang salahguna dan salah tadbir harta negara dan awam.
.
Sementara kebanyakan negara umat Islam, majlis-majlis para pemerintah, pentadbiran awam dan ahli politik sering diiringi dengan pelbagai unsur keagamaan.  Bermula dari doa, nasyid, qasidah, istighfar sehingga salawat yang mahal berbayar.
.
Malangnya, negara-negara umat Islam ini tahap amanah dan urus tadbir kita jauh kebelakang. Indeks rasuah juga menyenaraikan negara-negara umat Islam berada dalam tahap yang mengecewakan. Alam sekitar sekitar juga dicemari.
.
Persoalannya,  agama ini sekadar kosmetik para penguasa ataupun agama itu pembimbing dan panduan dalam politik dan pentadbiran?
.
Golongan agama pula, apakah mereka penasihat yang amanah terhadap para penguasa ataupun sekadar pemegang logo halal bagi menjustifikasikan tindakan penguasa yang menimbulkan bantahan rakyat?
.
Kita sering mengutuk penjajah. Ya,  penjajah penuh dengan kesalahan dalam sejarah penjajahan mereka. Namun, hari ini negara penjajah itu dalam banyak keadaan lebih amanah dan baik tadbir urus mereka dibandingkan negara-negara umat Islam yang bebas dari penjajahan itu.
.
Dr Maza

Post a Comment

0 Comments