Nazri Jangka PRU14 Awal April

Bahang PRU14 baru saja nak bermula. Dengan konvensyen PH yang baru sahaja selesai telah menyemarakkan lagi suasana para penggila politik. Ada yang yakin BN akan kekal memerintah dan ada yang yakin BN akan jatuh dari tampuk pemerintahan.

Pada PRU13 kita disajikan dengan aura "inikalilah tukar" yang dibawakan oleh pakatan rakyat. Selepas kematian TGNA dan anwar dimasukkan dalam penjara, pakatan rakyat berkubur. Biarlah kenangan PAS DAP menjadi kisah cinta romeo and juliet yang saling membenci.

PRU14 kira bakal disajikan "kleptokrasi" vs "kuku besi tua". PH menonjolkan mahathir sebagai calon PM jika PH berjaya menawan putrajaya. Tetapi yang lebih pelik, angkatan tentera lebai pula yang panas punggong dan menyebarkan dakyah menolak mahathir. Sedangkan mahathir sehingga kini tidak disahkan bersalah dalam apa jua rasuah selama 22 tahun pemerintahan.

Mana satu pilihan anda :

Undi kleptokrasi (duit poket melayang)
Undi kuku besi (duit poket terjaga)
Undi Lebai (Tiada calon PM)


Post a Comment

2 Comments

  1. Disebabkan undi adalah rahsia, maka aku tak nak bagitau parti mana yang aku akan undi. Tetapi memberi pembayangnya bolehlah tiada masalah, iaitu aku tidak akan undi kleptokrasi atau lebai. Tolong jangan kabo kat orang lain ye.....

    ReplyDelete