WOW! Lesen Motor Free, Internet Laju | PAS Nak Janji Apa?

Musim menabur janji jika menang telah mula tiba. Maka bersusun cerita yang bakal dipersembahkan di kedai kopi. PRU13 kita disajikan dengan janji ptptn potong oleh pakatan rakyat tapi rakyat kekal terharu dengan beras sekampit, gula sekilo. Merana semua peminjam ptptn. Habis kena potong gaji. 

Tak lupa dek hujan, janji harga barang turun selepas GST bertukar menjadi matMaslan bertukar ke kementerian lain. Janji harga kereta turun berperingkat juga nampaknya belum nampak impaknya. Mungkin janji BN janji berpanjangan. 

Bagaimana pula janji lebai untuk rakyat sekiranya geng lebai berjaya mendapat mandat putrajaya. Apakah langkah utama yang akan disajikan untuk rakyat. Kita tunggu ketua pemuda PAS bangun berzanji untuk janji pru14 daripada lebai. 


Penggunaan internet dengan harga lebih murah dan yuran lesen motor percuma; itu janji Pemuda Harapan jika kerajaan menjadi milik Pakatan Harapan (Harapan) selepas PRU14 nanti.
Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu, Ulya Awamah Husamuddin berkata, bantuan itu diberikan kerajaan Harapan untuk membantu anak muda yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup masa kini.
"Dengan keadaan gaji rendah dan tidak meningkat, anak muda menjadi golongan yang paling tertindas dan terpinggir di negara ini.
"Harapan akan menggandakan kelajuan internet sebanyak dua kali daripada kelajuan terkini, dengan kadar separuh daripada harga semasa," 
Harapan dalam masa sama turut menjanjikan capaian internet meliputi seluruh kawasan termasuk kawasan luar bandar.
Dalam masa sama, pihak Harapan turut mengesahkan akan membatalkan yuran perlesenan motorsikal bagi semua anak muda.
"Pemuda Harapan komited membela kebajikan penunggang motorsikal di negara ini.
"Laluan motorsikal dan tempat berteduh bagi motorsikal akan ditambah, termasuk lain-lain insfrastruktur yang sekian lama diabaikan kerajaan BN selama ini," katanya.
Sumber : SH

Post a Comment

4 Comments

  1. Pas janji tidak lagi bermusuh dengan umno selamanya.

    ReplyDelete
  2. PAS janji memelihara islam dengan tidak membiarkan gejala lgbt, atheis, sekedudukan dan murtad berleluasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sj modal yg pas ada. Sama ada mampu laksanakan belum pasti. Keruntuhan moral dikalangan melayu islam pun berleluasa. Knp tak berani sebut ttg kleptokrasi? Tak berdosa jg ka?

      Delete
    2. Masalah sosial kat kelantan tak ada ker?

      Delete