Masa Menunggu Di Hospital Kerajaan Akan Dipercepatkan


Menteri kesihatan baru Dr Dzulkefly Ahmad berikrar untuk meneliti kaedah untuk mempercepatkan proses menunggu di hospital kerajaan.

Katanya, beberapa hospital telah berjaya melakukan perkara itu dan ia kini disasarkan untuk pelaksaan seluruh negara pula.

“Ini sebahagian dari KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) saya,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Katanya, proses itu penting dipercepatkan, terutamanya bagi warga emas.

Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu juga berkata, terdapat beberapa cara boleh dilakukan, seperti pengenalan laluan keutamaan oleh warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan wanita mengandung pada Mei 2016.

Dzulkefly juga menunjukkan beberapa kes seperti di Hospital Sultan Ismail Hospital, Johor Bahru yang berjaya mengurangkan masa menunggu rawatan radioterapi dari 16 kepada hanya dua minggu.

“Bagi pesakit ortopedik, mereka berjaya mengurangkan (rawatan) 112 minit kepada 68 minit,” katanya.

Di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, pula, kata Dzulkefly, masa menunggu berjumpa doktor telah kurang 13.3 peratus, dari 56 kepada 48 minit.

Masa menunggu untuk dimasukkan ke wad pula berkuragan 40 peratus, katanya.

Sumber : MK

Post a Comment

2 Comments

  1. Harap menteri akan ambil kira masa kerja yg panjang oleh doktor2 di hospital awam. ingat tak insiden doktor awam yg maut dlm kemalangan pulang dari kerja? dikatakan simati tertidur ketika memandu.

    ReplyDelete
  2. Salam. Perlu diketahui bahawa penjawat awam juga perlu menemui doktor utk rawatan memandangkan klinik2 swasta mengenakan bayaran yang mahal. Sebenarnya penjawat awam pun dah bosan ke hospital atau klinik kerajaan kerana birokrasi dan menunggu masa yang agak lama. Walhal rawatan yang diperlukan, tidaklah serius sangat sehingga meresahkan pentadbir2 yang membenarkan penjawat awam keluar pada waktu kerja. Kalau penjawat awam layak diberi cuti sakit, adakah doktor dengan senang2 nak beri cuti melainkan sudah benar2 parah?

    ReplyDelete